Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jom Melancong Online Guna Airbnb Online Sahaja. Sambil Melancong, Boleh Buat duit Juga

1,223

Anda memang kaki travel tetapi terperap di rumah sekarang? Pasti anda rindu betul untuk melancong ke tempat yang anda belum pernah jejaki. Mesti ada senarai tempat yang anda ingin tujui. Namun tergendala seketika.

Jangan risau, Airbnb boleh membantu anda untuk melancong secara online malah membantu anda menjana pendapatan dari rumah.

airbnb2

Airbnb Online Experiences

Menerusi Airbnb Online Experiences. anda boleh ubati kerinduan anda berhubung, mengembara dan mempelajari sesuatu yang baharu secara maya selain, membuka peluang kepada hos menjana pendapatan hanya dari rumah menerusi platform interaktif ini.

Melalui paltform ini juga, anda boleh menganjurkan pelbagai aktiviti rutin seperti bersenam, berkongsi kemahiran atau perkara yang anda minat dan berhubung secara langsung dengan pelanggan dalam sidang video di aplikasi Zoom.

airbnb 1

Buka Akses 30 Negara

Airbnb Online Experience ini membuka akses kepada 30 negara di seluruh dunia. Anda boleh menggunakan aplikasi Zoom secara percuma bagi mengendalikan aktiviti anda. Melalui aktiviti inilah ia akan menghasilkan pendapatan buat anda. Bagi yang berminat untuk menjadi hos di Airbnb Online Experiences boleh rujuk terma dan syarat di sini.

bnb host

50 Aktiviti Maya

Terdapat lebih 50 senarai aktiviti maya dan harga setiap slot yang ditawarkan. Senarai aktiviti akan ditambah dari masa ke semasa.

Berikut adalah antara aktiviti yang ditawarkan:

  • Belajar rahsia silap mata
  • Bermeditasi dengan sami Buddha
  • Lawatan maya dengan anjing Chernobyl
  • Memasak dengan keluarga Maghribi
  • Membuat kopi dengan perasa kopi profesional
  • Belajar membuat pastri Sweden dengan Pembuat Roti dan Kek Profesional

airbnb3

Untuk melihat aktiviti seterusnya, anda boleh layari laman web berikut : Airbnb Experience

Akses Percuma Warga Emas

Platform ini juga menawarkan sesuatu yang menarik buat warga emas dan bekerjasama dengan mereka serta memberikan akses percuma untuk mereka mempelajari sesuatu yang baru daripada platform ini. Antara organisasi terlibat adalah:

  • Majlis Penuaan Negara (NCOA)
  • Alpini
  • Amigos de los Mayores

duit airbnb

Sebelum ini , Airbnb telah menghentikan operasi seketika akibat pandemik COVID-19.

Jadi, bagaimana? Sudah terubat rindu anda untuk melancong? Bukan sekadar melancong, malahan anda sempat juga menjana pendapatan walaupun anda duduk dirumah sahaja.

Sumber :

  • Airbnb
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...