Pelbagai cara dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk memudahkan urusan orang ramai.
Termasuk juga dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana telah menambah baik sistem nombor giliran sedia ada iaitu JPJeQ.
Dapatkan cara-cara untuk mohon sistem nombor giliran JPJeQ disini dan kalau ada urusan di JPJ, boleh gunakan sistem ini sahaja.
FUNGSI JPJeQ
Isi Kandungan
Fungsi aplikasi JPJeQ ialah:
- Membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan
- Menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran
- Mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C’s (Crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.
- Secara ringkasnya, kita hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu.
- Lepas dah ambil nombor giliran, bolehlah kita pergi ke tempat lain dahulu jika giliran kita masih lambat.
MUAT TURUN APLIKASI JPJeQ
Download dahulu aplikasi JPJeQ sebelum anda gunakan dipautan berikut:
CARA GUNAKAN JPJeQ
Untuk dapatkan nombor giliran JPJeQ, sudah pastinya anda perlu download aplikasi JPJeQ terlebih dahulu. Kemudian,
- Semak cawangan terdekat
- Hadir ke cawangan dan imbas kod QR
- Pilih perkhidmatan yang ingin dilakukan
- Anda akan menerima notifikasi nombor giliran
- Setelah nombor giliran semakin hampir, anda akan diminta untuk ke kaunter bagi melakukan urusan yang dinyatakan tadi.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, penggunaan sistem tersebut akan memudahkan dan melancarkan urusan pelanggan bagi mendapatkan slot janji temu di kaunter jabatan tersebut.
Baca juga: Jangan Lupa Ya! Renew Lesen Memandu & Road Tax Kenderaan Sebelum 31 Disember 2021
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.