Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kalendar MUET 2018: Pendaftaran Dibuka Hingga 1 Jan 2018

0 1,887

Berikut dikongsikan Kalendar MUET 2018. Untuk makluman, pendaftaran Malaysian University English Test sesi 1 2018 sudah pun dibuka bermula 1 Nov 2017 hingga 1 Jan 2018.

Memandangkan tiada sebarang syarat kelayakan untuk menduduki ujian MUET, maka sesiapa sahaja boleh menduduki ujian tersebut termasuk lepasan SPM 2017 yang menyertai program PLKN 2018.

Calon hanya perlu menyediakan RM100 sebagai bayaran menduduki ujian MUET.

Tempoh Sah Laku Keputusan Ujian MUET

Keputusan ujian MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan ujian MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian MUET dikeluarkan.

Jika anda menduduki ujian MUET pada tahun 2018, tempoh sah laku keputusan MUET anda sah sehingga 2022.

4 Komponen MUET

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:

  1. Listening (30 minit)
  2. Speaking (30 minit)
  3. Reading (90 minit)
  4. Writing (90 minit)

Maklumat lanjut sila rujuk Sukatan Pelajaran MUET (Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions) yang dapat diperoleh melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di http://www.mpm.edu.my

Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah RM100; yuran pendaftaran RM40 + yuran mata pelajaran RM60.

Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC di kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet.

BSN akan mengenakan caj RM1.06 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon selepas selesai pendaftaran secara online.

Bayaran pembelian PIN MEC tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan.

PIN MEC yang telah dibeli itu juga tidak boleh digunakan untuk mendaftar MUET sesi yang berikutnya.

Proses Pendaftaran MUET

Proses pendaftaran MUET 2018 terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Calon Sekolah/Institusi
  2. Calon Persendirian Individu

Kedua-dua kategori calon ini boleh membuat pendaftaran secara online melalui portal MPM.

Maklumat lanjut boleh rujuk Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon.

Kalendar MUET 2018

Berikut adalah kalendar MUET 2018 seperti yang tertera di portal rasmi MPM.

kalendar muet 2018

Keputusan MUET

Keputusan MUET bagi calon sekolah/institusi akan dihantar kepada Pengetua sekolah/institusi berkenaan melalui SPP JPN manakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar melalui pos ke alamat yang didaftarkan.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian melalui portal MPM atau melalui SMS dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya Sijil MUET hilang semasa penghantaran pos atau tidak sampai ke alamat calon.

Sekiranya calon tidak menerima sijil selepas tiga minggu keputusan MUET diumumkan, calon boleh mengemukakan permohonan mendapatkan Penyata Keputusan MUET yang sah dengan melengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan STPM/MUET [MPM/S3 (Pindaan 2015)] dengan bayaran RM20.00.

Calon juga boleh memohon Salinan Sijil MUET dengan melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET [MPM/S2 (Pindaan 2015)] dengan bayaran RM40.00.

Semua bayaran hendaklah dibuat menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos atas nama penerima Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

Calon juga boleh mengemukakan bayaran secara tunai sekiranya membuat permohonan di kaunter MPM.

Semakan Semula Keputusan MUET

Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan.

Caj bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00.

Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET 2018 diumumkan.

Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja).

MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...