Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kalendar Islam Malaysia 2022M / 1443-1444H & Tarikh Penting

2,805

Sudah pastinya masyarakat seluruh dunia selesa menggunakan sistem kalendar Gregorian atau kalendar Masihi untuk dapatkan tempoh hari dan tahun dengan tepat. Namun penting disini kita semua ambil tahu mengenai Kalendar Islam Malaysia 2022M/1443-1444H beserta tarikh penting buat umat Islam.

Kalendar HIjrah merupakan sistem kalendar yang sangat penting bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan petanda banyak amalan ibadah yang wajib atau harus dilakukan oleh orang Muslim.

Antaranya adalah untuk dapatkan penentuan seperti tarikh-tarikh:

  • Puasa sunat
  • Tarikh puasa Ramadhan
  • Tarikh Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Raya Aidiladha
  • Hari Arafah
  • Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW
  • Tahun Baru Hijrah

TAKWIM 2022 MILADIAH /1443-1444 HIJRIAH

Anda juga boleh rujuk Takwim 2022 Miladiah /1443-1444 Hijriah bagi Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti di bawah.

Kalendar Islam Malaysia 2022M / 1443H & Tarikh Penting

 

SENARAI PERINCIAN KALENDAR ISLAM & TARIKH PENTING

Senarai perincian ini adalah rasmi berdasarkan Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

TARIKH HIJRAH  1443 TARIKH MASIHI 2022 HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 1 MAC  ISRAK & MIKRAJ
1 RAMADHAN* 3 APRIL AWAL RAMADHAN / PUASA
17 RAMADHAN 19 APRIL NUZUL AL-QURAN
1 SYAWAL* 3 MEI HARI RAYA PUASA / AIDILFITRI
1 ZULHIJJAH 1 JULAI AWAL ZULHIJJAH
10 ZULHIJJAH* 10 JULAI HARI RAYA KORBAN / AIDILADHA
1 MUHARAM 1444 30 JULAI AWAL MUHARAM / MAAL HIJRAH
12 RABIULAWAL 1444 9 OKTOBER MAULIDUR RASUL
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dan tertakluk pada perubahan.
Dengan adanya kalendar Islam dan Masihi ini, anda semua boleh jadikannya ia sebagai rujukan dan bagi yang belum menggantikan puasa pada tahun lepas boleh berbuat demikian lebih awal sebelum masuknya Ramadhan 2022.

Kalendar Islam Malaysia 2022M / 1443-1444H & Tarikh PentingTakwim Hijri dan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam yang disediakan Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Semoga kalandar ini memberi manfaat kepada anda sekeluarga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...