Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Temuduga Di Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia. Boleh Mohon SIP Prihatin 2.0 RM300 Sebulan

218

Ada sesiapa yang berminat untuk ikuti temuduga secara bersemuka di Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia?

Jika ada, anda boleh ikuti temuduga di Hari Terbuka KSM dan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia sempena Sambutan Jubli Emas PERKESO Negeri Kedah.

Jom dapatkan maklumat penuh mengenai temuduga sempena Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia disini.

INFO RINGKAS TEMUDUGA BERSEMUKA KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS KELUARGA MALAYSIA PERKESO KEDAH

Kalau anda tak nak terlepas peluang ini, baca dengan teliti info yang dikongsikan ini ya!

  • Tarikh: 4 Disember 2021
  • Masa: 9 pagi hingga 4 petang
  • Tempat: Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jitra, Kedah

Ingat, temuduga yang dijalankan kali ini adalah secara bersemuka dan tiada lagi temuduga secara online lagi.

Pastikan anda hadir pada tarikh, masa dan lokasi yang betul nanti.

MAJIKAN YANG TERLIBAT

Terdapat 16 majikan yang terlibat dalam Hari Terbuka KSM dan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia sempena Sambutan Jubli Emas PERKESO Negeri Kedah iaitu:

  1. AEON CO. (M) BHD
  2. AGENSI PEKERJAAN MAGNIFICIENT EMBLEM SDN BHD
  3. ALPHA PRECISION TURNING & ENGINEERING SDN BHD
  4. BCM ELECTRONICS CORPORATION SDN BHD
  5. DHL SUPPLY CHAIN (M) SDN BHD
  6. ECONSAVE CASH & CARRY (BPJ) SDN BHD
  7. EVERBEST SOYA BEAN PRODUCTS SDN BHD
  8. FLEXTRONICS TECHNOLOGY (PENANG) SDN BHD
  9. GRILLE TECH SDN BHD
  10. McDONALD’S AMAN JAYA DT
  11. PERMINTEX FURUKAWA AUTOPARTS (M) SDN BHD
  12. PUREST HOTEL SUNGAI PETANI
  13. RAIA HOTEL & CONVENTION CENTRE ALOR SETAR
  14. TAPAW GROUPS SDN BHD
  15. THUNDER PRINT SDN BHD
  16. 99 SPEEDMART SDN BHD

Temuduga Di Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia. Boleh Mohon SIP Prihatin 2.0 RM300 Sebulan

PAUTAN PENDAFTARAN

Sebelum anda hadir ke Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia, pastikan anda membuat pendaftaran terlebih dahulu.

Klik pautan ini dan buat pendaftaran terlebih dahulu:

  • Isikan maklumat dan muat naik resume anda.
  • Pilih majikan dan pilih jawatan yang sesuai dengan anda.
  • Klik Submit untuk pendaftaran.

AKTIVITI YANG DISEDIAKAN

Terdapat 5 jenis aktiviti yang disediakan pada Hari Terbuka KSM dan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia sempena Sambutan Jubli Emas PERKESO Negeri Kedah iaitu:

  • Klinik Resume
  • Kaunseling Kerjaya
  • Perhidmatan majikan Daripada Pelbagai Sektor
  • Temuduga Terbuka Kepada Semua Golongan
  • Kaunter Dan Taklimat Daripada Pelbagai Agensi

SENARAI JAWATAN YANG DITAWARKAN

Nak tahu tak senarai jawatan yang ditawarkan sempena Hari Terbuka KSM dan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia PERKESO Negeri Kedah?

Semak disini:

Temuduga Di Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia. Boleh Mohon SIP Prihatin 2.0 RM300 Sebulan

Bagi anda yang menghadiri temuduga pula boleh membuat permohonan SIP Prihatin 2.0 dan akan menerima elaun RM300 sebulan.

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) RM300 Lepasan Sekolah, Graduan Dibuka Untuk Permohonan. Ini Syarat Kelayakannya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai temuduga bersemuka di Hari Terbuka KSM dan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia PERKESO Negeri Kedah, sila dapatkan melalui:

  • Puan Malarmagal: 014-902 2087
  • Cik Erna Afeera: 019-631 2520
  • 1 300 88 2000/03-8091 5300
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...