Pencari kerja terutamanya yang berada di bahagian utara dipelawa untuk hadir ke Karnival PenjanaKerjaya Kementerian Sumber Manusia yang akan diadakan di Pendang pada 26 Disember 2020 ini.
Untuk pengetahuan anda, Karnival PenjanaKerjaya ini terbuka kepada semua golongan termasuk lepasan institusi pengajian tinggi, golongan yang kehilangan kerja serta Orang Kurang Upaya (OKU).
Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan maklumat yang seterusnya berkaitan Karnival PenjanaKerjaya Pendang 2020.
MAKLUMAT PENTING KARNIVAL PENJANAKERJAYA PENDANG
Isi Kandungan
Berikut adalah maklumat penting mengenai Karnival PenjanaKerjaya Pendang 2020:
- Tarikh: 26 Disember 2020 / Hari Sabtu
- Masa: 9 pagi hingga 4 petang
- Tempat: Dewan Cenderawasih Majlis Daerah Pendang, Kedah
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI KARNIVAL PENJANAKERJAYA PENDANG
Terdapat beberapa perkhidmatan disediakan sepanjang Karnival PenjanaKerjaya Pendang iaitu:
- Kaunter Agensi
- Terbuka kepada semua golongan
- Penglibatan majikan dari pelbagai sektor
- Kaunseling Kerjaya
- Klinik Resume
DOKUMEN SOKONGAN
Jangan lupa membawa dokumen sokongan berikut ketika hadir ke Karnival PenjanaKerjaya Pendang untuk temuduga terbuka yang dijalankan disana:
- Gambar berukuran pasport (sediakan 5 atau 10 keping)
- Salinan sijil dan sijil asal
- Resume sebanyak 5 salinan
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN KARNIVAL PENJANAKERJAYA PENDANG
Sebelum hadir ke Karnival PenjanaKerjaya Pendang, anda perlu membuat pendaftaran awal seperti berikut:
- Klik link berikut: KARNIVAL PENJANAKERJAYA KEDAH
- Klik REGISTER dan klik KARNIVAL PENJANAKERJAYA BELIA KSM NEGERI KEDAH dan klik REGISTER
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik REGISTER.
- Seterusnya lihat senarai jawatan yang ditawarkan serta beberapa maklumat temuduga sebagai persediaan.
- Klik DETAILS pada mana-mana jawatan yang anda berminat untuk pohon.
- Klik APPLY dan senarai jawatan yang anda mohon akan dimasukkan ke dalam LIST OF APPLICATION.
- Tunggu emel maklumat temuduga dihantar kepada anda dan sila hadir untuk temuduga pada tarikh yang telah dinyatakan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Karnival PenjanaKerjaya Pendang, sila hubungi:
- Encik Khairul: 019-256 2101
- Encik Zulhabri: 012-612 6475
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.