Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kelangsungan Perniagaan / PKS Dalam Bajet 2021 Yang Anda Perlu Tahu

1,937

Tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya dan pandemik Covid-19 yang sedang melanda telah menyebabkan kesuraman sektor ekonomi di Malaysia. Akibatnya, para peniaga terutamanya usahawan kecil-kecilan telah mengalami masalah untuk meneruskan perniagaan seperti biasa dan sumber pendapatan semakin berkurangan.

Oleh demikian, demi menjamin ekonomi yang lebih pada masa yang akan datang iaitu pada tahun 2021, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan beberapa inisiatif yang mampu memperkasakan perniagaan terutamanya PKS mikro.

“Pada tahun 2021, ekonomi negara dijangka kembali pulih dan berkembang pada kadar antara 6.5 hingga 7.5 peratus. Ini sejajar dengan langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan melalui pelbagai pakej rangsangan ekonomi, inisiatif Belanjawan 2021 selain disokong oleh pertumbuhan ekonomi global yang diunjur lebih baik iaitu sebanyak 5.2 peratus.”

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

INISIATIF KELANGSUNGAN PERNIAGAAN  / PKS

Antara inisiatif kelangsungan perniagaan / PKS untuk memacu semula ekonomi negara ialah:

1. MORATORIUM

Bank Negara Malaysia akan meneruskan moratorium atau penangguhan pinjaman secara bersasar untuk PKS dan PKS Mikro dengan bersyarat seperti hutang kurang dari RM150,000.

2. KEMUDAHAN BANTUAN PKS BERSASAR

Selain daripada moratorium, Bank Negara Malaysia juga menyediakan Kemudahan Bantuan PKS Bersasar dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion untuk pinjaman daripada institusi perbankan buat para usahawan PKS berniaga semula.

3. PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO

Kerajaan juga memberi peruntukan sebanyak RM1.2 biliion kepada institusi perbankan untuk pembiayaan kredit mikro melalui:

  • TEKUN Nasional
  • Agrobank
  • BSN
  • Institusi kewangan lain

4. MIKRO KREDIT UNTUK WANITA

Kerajaan juga memberikan peruntukan sebanyak RM95 juta untuk para usahawan wanita atau bagi kaum wanita yang ingin memulakan perniagaan secara mikro kredit khas melalui institusi berikut:

  • TEKUN Nasional
  • MARA
  • Agrobank

5. e-DAGANG PKS & PKS MIKRO

Sebanyak RM150 juta disalurkan untuk program latihan dan bantuan penjualan serta peralatan digital di bawah kemudahan Latihan onboarding e-Dagang PKS & PKS Mikro. Malahan kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk galakan jualan secara online melalui Shop Malaysia Online.

6. PLATFORM JANA NIAGA

Untuk terus mengekalkan perniagaan secara atas talian berkembang maju di Malaysia, kerajaan memperkenalkan Platform Jana Niaga dengan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk pembayaran digital rantaian bekalan.

Platform pembayaran digital rantaian bekalan nasional ini diterahui EXIM Bank, adalah untuk membantu PKS yang mengalami masalah aliran tunai disebabkan tempoh pembayaran invois yang lama untuk mendapat pinjaman.

7. PELABURAN PADANAN

Demi menyokong platform P2P atau peer-to-peer, kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyediakan pelaburan padanan sebanyak RM50 juta.

8. SKIM LESTARI BUMI

Seterusnya kerajaan memberikan peruntukan sebanyak RM300 juta melalui SME Bank bagi membantu usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Mikro.

9. SKIM GERAN PENDIGITALAN SME & GERAN AUTOMASI

Dana tambahan RM150 juta di bawah Skim Geran Pendigitalan SME dan Geran Automasi. Syarat kelayakan geran dilonggarkan kepada PKS mikro dan syarikat pemula yang telah beroperasi selama 6 bulan.

10. SUBSIDI UPAH & GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN RM1,000

Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah yang terjejas teruk ekoran kekurangan kehadiran pelancong. Ia juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.

11. PROGRAM i-TEKAD

Program iTekad akan diperluas dengan penyertaan institusi kewangan tambahan dan kerjasama dengan lebih banyak pihak berkuasa negeri dan rakan pelaksanaan.

12. SKIM PEMBANGUNAN NDS

Skim Pembangunan Nasional (NDS) bernilai RM1.4 bilion bagi menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik dan meningkatkan penghasilan produk tempatan seperti peralatan perubatan.

Kelangsungan Perniagaan / PKS Dalam Bajet 2021 Yang Anda Perlu Tahu

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...