Fasa Pengemaskinian & Permohonan Baharu UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf & Ini Tarikhnya

Sila ambil perhatian lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM!

Anda sudah boleh membuat kemaskini pilihan program pengajian kecuali program yang telah dipanggil temuduga dan/atau ujian serta permohonan baharu bagi mereka yang belum membuat permohonan.

Segala maklumat mengenai kemaskini dan permohonan baharu sila dapatkan melalui perkongsian ini.

TARIKH KEMASKINI & PERMOHONAN BAHARU LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2021/2022

Tarikh untuk kemaskini dan permohonan baharu lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2021/2022 adalah seperti berikut:

  • Dibuka: 9 Ogos 2021 (Isnin)/Jam 12.00 tengah Hari
  • Ditutup: 12 Ogos 2021 (Khamis)/Jam 5.00 petang

FASA KEMASKINI

Fasa kemaskini bagi lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2021/2022 terbahagi kepada 2 bahagian.

2 bahagian fasa kemaskini adalah seperti berikut:

Lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM

  • Kemaskini pilihan program pengajian kecuali program yang telah dipanggil temuduga dan/atau ujian.

Lepasan Diploma / Setaraf

  • Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja.

PERMOHONAN BAHARU

Bagi permohonan baharu pula adalah seperti berikut:

  • Permohonan program pengajian kecuali program pengajian temu duga dan/atau ujian.
  • Muat naik dokumen (bagi lepasan Diploma/Setaraf sahaja).

CARA KEMASKINI & PERMOHONAN BAHARU

Kemaskini dan permohonan baharu adalah secara online melalui pautan berikut:

Fasa Pengemaskinian & Permohonan Baharu UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf & Ini Tarikhnya

  • Buat kemaskini pilihan program dan permohonan baharu pada pautan ini.

May be an image of one or more people and text that says 'JPT JABATAN. FASA PENGEMASKINIAN & PERMOHONAN BAHARU UPUONLINE LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2021/ 2021/2022 DIBUKA: OGOS 2021 JAM 12:00 TENGAH HARI DITUTUP 12 OGOS 2021 JAM 5:00 PETANG KATEGORI FASA KEMASKINI STPM/ MATRIKULASI/ ASASI/ STAM PERMOHONAN BAHARU KEMASKINI PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN KECUALI PROGRAM YANG TELAH DIPANGGIL TEMUDUGA DAN/ ATAU UJIAN DIPLOMA/ SETARAF PERMOHONAN PROGRAM PENGAJIAN KECUALI PROGRAM PENGAJIAN TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN MUAT DAN KEMASKINI KEPUTUSAN AKADEMIK SAHAJA 2. MUAT NAIK DOKUMEN (BAGI EPASAN DIPLOMA/ SETARAF SAHAJA) KPTPrihatin kemasukan pt Iam @Kemasukanbkpa https://upu.mohe.gov.my/ UPU ONLINE https://p/tmonhe.go.m/maklumbalas/ UPUChat upu.mohe.gov.my'

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Fasa Pengemaskinian & Permohonan Baharu Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2021/2022 sila dapatkan di:

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.