Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kena Buang Kerja? Sila Daftar & Mohon Program Penempatan Semula Pekerjaan Ini

10,782

Pelbagai rungutan tentang kehilangan pekerjaan dan tiada gaji sudah kedengaran. Ekonomi dunia tidak menentu, operasi kilang dan syarikat juga mengalami masalah kerugian yang agak meruncing. Untuk mengurangkan kos dan sebagainya, pihak majikan telah membuat keputusan yang mendadak dengan mengecilkan jumlah pekerja serta jumlah gaji untuk mengelakkan syarikat terus kerugian dan muflis.

Melihatkan situasi yang bakal berlaku pada masa akan datang, pihak portal JobsMalaysia telah pun melancarkan satu program yang dinamakan Program Penempatan Semula Pekerjaan.

jobs malaysia1

Padanan Kerja Dan Jawatan

Berdasarkan permasalahan yang melanda kini, pihak Jobs Malaysia menawarkan bantuan kepada anda yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan baru.

Mereka akan berusaha untuk membuat padanan kerja dan jawatan yang sesuai untuk anda berdasarkan kekosongan yang ada.

Program Penempatan Semula Pekerjaan

Objektif program ini adalah membantu para pekerja yang telah kehilangan kerja sama ada dibuang kerja atau diberhentikan kerja beserta syarat tertentu.

Jadi, anda digalakkan untuk memohon program ini dengan segera agar mendapat pekerjaan yang sesuai buat anda di masa akan datang.

Tempoh Proses Permohonan

Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.

Login Jobs Malaysia

Jika anda berminat untuk Program Penempatan Semula Pekerjaan, anda perlu login untuk mendaftar dengan mengisi borang dan memohon pekerjaan di link berikut :

jobs1

jobs 2

Semoga dengan perkongsian ini membantu anda mendapatkan pekerjaan yang baharu.

Sumber :

  • Jobs Malaysia
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...