Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kenapa Saya Di Saman? Kan Sepanjang PKP Tak Perlu Perbaharui Lesen? Baca Ni

2,556

Lesen Memandu Tamat Tempoh Sepanjang PKP

Anda ingin memandu keluar dan tiba-tiba anda dapati lesen memandu anda telah tamat tempoh. namun anda perlu juga keluar untuk membeli barangan keperluan anda.

Anda meneruskan perjalanan anda dan tiba-tiba ada sekatan jalanraya dan petugas meminta kad pengenalan dan lesen anda.

Setelah petugas melihat dokumen tersebut, anda dilepaskan untuk meneruskan perjalanan.

Namun, ada yang disaman kerana lesen memandu anda telah tamat tempoh.

roadblock

Kenapa Tidak Disaman?

Anda tidak akan disaman kerana sepanjang tempoh PKP, anda tidak perlu memperahui lesen anda kerana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak dibuka untuk memperbaharui lesen.

Tetapi, lesen anda mestilah tamat ketika berada di dalam tempoh PKP dilaksanakan.

Kenapa Disaman?

Anda mesti hairan kenapa anda disaman ketika tempoh PKP ini dilaksanakan sedangkan pihak JPJ telah membuat pengumuman bahawa tidak menjadi masalah sekiranya tidak dapat memperbaharui lesen memandu.

Anda disaman kerana lesen memandu anda telah tamat tempoh sebelum PKP dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Jadi, sebelum anda memulakan perjalanan, sila semak dahulu lesen memandu anda. Adakah sudah tamat tempoh (sebelum / semasa PKP) atau masih lagi panjang tempohnya.

lesencovid

Bagaimana Untuk Perbaharui Lesen

Anda boleh perbaharui lesen memandu anda secara online melalui portal rasmi JPJ iaitu MySikap.Tetapi hanya yang sudah mendaftar dengan MySikap sahaja boleh perbaharui lesen memandu anda.

Bagi yang tidak mendaftar, anda boleh perbaharui lesen memandu anda setelah tamat tempoh PKP.

mysikap

covidlesen

Johnny Disaman Polis

Untuk lebih faham, apa kata kita lihat penyelesaian daripada MyGCC.

lesen johnny

Aduan Dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai aduan dan inginkan maklumat lanjut yang berkaitan, anda boleh hubungi:

  • Emel JPJ : [email protected]
  • Whatsapp JPJ : 019-2907723
  • Talian Hotline : 1800-88-7723 (8 pagi – 8 malam)
  • Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara : 03-88882010

Sumber :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...