Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pelbagai Dugaan Buat Calon SPM 2020 Termasuk Covid-19 & Ia Bukan Halangan Untuk Capai Keputusan Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

1,515

Hari ini 10 Jun 2021 merupakan hari yang dinantikan oleh Calon SPM 2020 kerana keputusan peperiksaan telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin secara sidang media digital.

Untuk makluman anda juga, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.

Jadi, pandemik Covid-19 bukanlah satu halangan yang besar buat semua pelajar kerana keputusan yang diperolehi adalah yang terbaik sepanjang 5 tahun sejak 2016.

FAKTA SPM 2020

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia pencapaian terbaik sejak 2016. Berikut adalah beberapa fakta menarik SPM 2020 yang bakal mencatat sejarah.

  • Seramai 401,105 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2020 dengan jumlah keseluruhan 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.

Pelbagai Dugaan Buat Calon SPM 2020 Termasuk Covid-19 & Ia Bukan Halangan Untuk Capai Keputusan Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

  • Calon peperiksaan seluruh negara menduduki peperiksaan SPM 2020 secara norma baharu dengan wajib memakai pelitup muka akibat Covid-19.
  • Calon perlu mengikut SOP ketika menduduki peperiksaan.

PENINGKATAN PRESTASI MATA PELAJARAN

Sebanyak 43 mata pelajaran menunjukkan keputusan peningkatan, 39 menurun dan satu kekal.

Mata pelajaran Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan dalam prestasi mata pelajaran teras, sementara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan.

Pelbagai Dugaan Buat Calon SPM 2020 Termasuk Covid-19 & Ia Bukan Halangan Untuk Capai Keputusan Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

Namun begitu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pencapaian calon di luar bandar menunjukkan peningkatan lebih tinggi berbanding calon di bandar iaitu 5.06 pada tahun 2020 berbading 5.14 pada tahun 2019.

PENJAMINAN KUALITI

Keputusan SPM 2020 mempunyai penjaminan kualiti melibatkan dua badan pentaksiran antarabangsa iaitu:

  • Cambridge Assessment International Education
  • Pearson UK

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2020

Semua calon SPM 2020 boleh membuat semakan keputusan secara online seperti berikut:

Pelbagai Dugaan Buat Calon SPM 2020 Termasuk Covid-19 & Ia Bukan Halangan Untuk Capai Keputusan Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

Untuk lebih jelas, anda boleh merujuk artikel berikut untuk membuat semakan keputusan SPM 2020:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...