Apakah Syarat Mohon Khidmat PKRCS Khas (Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Swasta) B40? Semak Disini

Pesakit yang disahkan positif Covid-19 pastinya inginkan keadaan rehat yang selesa dan kondusif sepanjang perintah kuarantin dilaksanakan.

Bagi golongan B40 yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dipelawa untuk memohon Khidmat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) Khas Wilayah Persekutuan.

Ingin tahu kelayakan dan cara mohon Khidmat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) Khas Wilayah Persekutuan? Semak je disini.

Baca juga: Golongan Miskin Bandar & B40, Ini Cara Mohon 5 Inisiatif Dari Rumah Prihatin Grand Seasons & Yayasan Wilayah Persekutuan

INFO RINGKAS PKRCS KHAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) Khas Wilayah Persekutuan ini dibuka untuk:

  • Menempatkan pesakit kategori 1 dan 2 yang mendiami PPR dan PA DBKL untuk menjalani kuarantin kendiri bagi mengelakkan ahli keluarga yang lain dijangkiti ekoran keadaan rumah yang sempit dan sesak.

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang digalakkan untuk memohon PKRCS adalah:

  • Pesakit Covid-19
  • Golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja
Nota: Khidmat PKRCS ini hanya terbuka kepada golongan B40 warga Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja.

KRITERIA KELAYAKAN

Khidmat PKRCS ini hanya ditawarkan kepada:

  • Mereka yang disahkan positif Covid-19 kategori 1 atau 2.
  • Tergolong dalam golongan B40.
  • Dikenakan perintah kuarantin.
  • Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja.
  • Keadaan rumah tidak kondusif/lain-lain keadaan yang tidak selesa.

PENENTUAN KELAYAKAN

Penentuan kelayakan untuk menikmati inisiatif Khidmat PKRCS ialah:

  • Pegawai Perubatan yang bertugas di Covid-19 Assessment Centre (CAC) atau Pejabat Kesihatan (PK) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jadi, hanya CAC atau Pejabat Kesihatan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja yang akan mengenalpasti dan melakukan penilaian kelayakan bagi kemasukan pesakit ke Pusat PKRCS Khas.

Pesakit juga perlu mematuhi peraturan di PKRCS dan mejalani tempoh kuarantin yang ditetapkan.

FASILITI TAMBAHAN

Untuk pengetahuan anda, tiada fasiliti tambahan yang disediakan kepada anda.

Perkhidmatan yang disediakan kepada anda adalah:

  • Penginapan percuma
  • Makanan
  • Rawatan sahaja

May be an image of ‎text that says '‎ثريد KEMENTERIA PERSEKUTUAN Malaysia WILAYAH PERSEKUTUAN WILAYAH Kementerian PRIH' TIN Wilayah Persekutuan KualLuu&Puta Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) Khas Untuk pertanyaan lanjut, hubungi: CPRC, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya 03-22687301 03-26983757 http://www.kwp.gov.my/ Kementerian Wilayah Persekutuan kwp.my kw_seriwilayah‎'‎

LOKASI PKRCS

Terdapat 4 lokasi PKRCS Khas iaitu:

  1. Hotel Royal Chulan
  2. International Youth Center
  3. Tamu Hotel Kampung Bharu
  4. Hotel Travel City Centre

May be an image of text that says 'WILAYAHPERSEKUTUAN WILAYAH PRIHTIN PUSAT KUARANTIN & RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC) KHAS Penempatan COVID-19 yang terasing pesakit kategori1 dan mendiami yang PPR an PA sesak bagi DBKL mengelak ahli keluarga dijangkiti. LOKASI PKRC KHAS HOTEL ROYAL CHULAN, JALAN CONLAY INTERNATIONALYO OUTH CENTER, BANDART TUN RAZAK TAMU HOTEL KAMPONG BHARU HOTELTRAVELODGE CITY CENTRE, KUALA LUMPUR www.kwp.gov.my Kementerian Wilayah Persekutuan kwp.my kw_seriwilayah'

CARA MOHON

Untuk mohon ke Pusat PKRCS Khas, anda hanya perlu hubungi CAC dan Bilik gerakan Pejabat Kesihatan di talian berikut:

  • 03-2268 7301
  • 03-2698 3757
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.