Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kini Boleh Beli Barang Pandu Lalu di Mydin, Pick-Up di Cawangan Terdekat Dengan Anda

2,061

Mydin Express

Bagi memudahkan pelanggan membeli dan mengambil barangan serta dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, pihak Mydin telah menghasilkan satu inisiatif pembelian yang dinamakan Mydin Express.

Anda hanya perlu membuat tempahan secara dalam talian dan kemudian mengambil barangan yang ditempah secara pandu lalu di Mydin berdekatan.

mydin express2

 

Cara Membuat Tempahan Dan Pembelian

Untuk melakukan pembelian melalui Mydin Express, anda perlu memilih cawangan terdekat dengan anda, dan seterusnya memilih barangan yang anda inginkan daripada Mydin.

Sebelum itu, anda perlu layari laman Mydin Express seperti dibawah dan ikut langkah-langkah untuk membuat pembelian seperti berikut :

  • Layari https://mydinexpress.my
  • Klik ‘Terima Terma dan Syarat’
  • Pilih cawangan Mydin yang berdekatan
  • Pilih barang yang ingin dibeli, klik dan tambah ke dalam carta (pembelian minimum RM50 ke atas)
  • Tetapkan tempahan anda.
  • Terima SMS pengesahan tempahan
  • Memasukkan nombor kenderaan anda
  • Nombor telefon anda
  • Pilih tarikh untuk mengambil barangan berkenaan.
  • Ambil tempahan anda
  • Periksa barangan dan buat bayaran (Debit / Kredit kad)

Pilih Mydin Terdekat

 

mydin

Pilih Barangan Anda

Semak Tempahan & Isikan Maklumat Yang Diperlukan, Sahkan Pembelian

Dengan adanya Mydin Express ini ia memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelanggan untuk membeli belah barangan keperluan tanpa perlu keluar ke Mydin berdekatan.

Inisiatif Lain

Mydin juga turut memperkenalkan pelbagai inisiatif lain kepada pelanggan yang mengunjungi pasar raya itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

Inisiatif yang disediakan ialah menyediakan cecair basmi kuman untuk pelanggan mencuci tangan sebelum masuk ke kedai Mydin untuk membeli belah, pemeriksaan suhu badan dan melalui Mydin Virus Nano Spray Buster sebelum memasuki ruang membeli-belah Mydin.

Namun, pelanggan digalakkan untuk melakukan pembelian secara online kerana ianya lebih praktikal di musim Covid-19 ini.

mydin2222

Bagi anda yang berdekatan dengan Mydin, ayuh kita manfaatkan kemudahan yang telah tersedia.

Pilih, tempah dan pickup.

Sumber :

  • mydin.com
  • Facebook Mydin
  • MYDIN EXPRESS
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...