Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Dapatkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 Di 99 Speedmart & KK Mart, RM6.90 Je!

685

Cuti-cuti sekolah nanti ibu bapa atau sesiapa sahaja yang ingin melancong dan sebagainya, boleh beli kit ujian kendiri Covid-19 seterusnya buat ujian sendiri sebelum melakukan perjalanan.

Tapi, mana nak dapat harga yang sedikit murah kerana ramai yang nak pergi melancong ni? Maklumlah, satu keluarga sahaja lebih dari 6 orang perlu buat ujian kendiri Covid-19.

Kalau anda semua nak dapatkan kit ujian kendiri Covid-19 dengan harga yang murah, semak sini mana nak dapatkannya. Berbaloi-baloi tau!

INFO KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 DI KEDAI SERBANEKA

KPDNHEP bersama-sama Medical Device Authority dan KKM telah bekerjasama dan bersepakat untuk menyahut seruan YAB Perdana Menteri melalui semangat Keluarga Malaysia dengan memperluas penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di semua pasaraya, rangkaian kedai serbaneka (chain store) dan stesen minyak secara berperingkat.

Sehingga 28 Oktober 2021 yang lalu, sejumlah 2,570 buah premis perniagaan di seluruh negara telah diluluskan untuk menjual kit ujian kendiri COVID-19 ini.

Perluasan lokasi penjualan kit ujian kendiri ini yang kini boleh didapati selain daripada farmasi dan klinik, dapat menggalakkan satu penjualan pada harga yang kompetitif dan mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat.

Baca juga: 53 Bantuan Perniagaan Menerusi Bajet 2022 Yang Beri Manfaat Untuk Usahawan & Peniaga Kecil

HARGA KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 DI KEDAI SERBANEKA

Mengikut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi, orang ramai boleh dapatkan kit ujian kendiri Covid-19 dengan harga:

  • RM6.90 

Ini bermakna harga kit ujian kendiri Covid-19 dari kedai serbaneka ini tidak sampai RM7 dan ia jauh lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM19.90.

LOKASI KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 RM6.90 & RM6.60

Orang ramai boleh mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 yang berharga RM6.90 di:

  • 99 Speedmart

Dapatkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 Di 99 Speedmart & KK Mart, RM6.90 Je!

Manakala anda boleh dapatkan kit ujian kendiri Covid-19 berharga RM6.60 di:

  • KK Mart

Dapatkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 Di 99 Speedmart & KK Mart, RM6.90 Je!

Malah, ia boleh didapati di semua cawangan kedua-dua kedai serbaneka ini diseluruh Malaysia kecuali di Sarawak (KK Mart).

Selain farmasi, kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan lagi kesediaan kit ujian termasuk di supermarket, kedai serbaneka dan stesen minyak, secara berperingkat.

Baca juga: 130,000 Remaja Wanita Bakal Terima Kit Asas Kebersihan Diri Percuma Setiap Bulan

LANGKAH PENGGUNAAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

Setelah membuat pembelian, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Menghantar hasil ujian kendiri melalui MySejahtera.

Jika sayang dengan ahli keluarga anda, buat ujian kendiri Covid-19 dan tangguhkan sementara hajat anda untuk pulang ke kampung atau pergi melancong nanti ya!

Hebahkan dengan rakan-rakan yang lain ya!

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...