Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Surirumah, Lepasan Sekolah & Graduan, Ikuti Kursus Asas Bakeri INSKEN & Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Dengan Ilmu Ini

1,039

Surirumah atau anda lepasan sekolah, graduan , tidak mempunyai sebarang pekerjaan dipelawa untuk memohon Kursus Asas Bakeri yang dianjurkan Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC).

Dengan ilmu yang ada melalui Kursus Asas Bakeri ini, anda boleh membuka perniagaan sendiri di rumah dan kemungkinan besar, anda boleh menghasilkan kerja untuk orang lain pula.

Anda boleh memilih tarikh yang sesuai untuk mengikuti Kursus Asas Bakeri INSKEN dan klik sahaja pada pautan yang akan dikongsikan untuk pendaftaran.

INFO KURSUS ASAS BAKERI INSKEN

Kursus Asas Bakeri INSKEN akan dijalankan selama 3 hari dan peserta bakal dapat merasai sendiri pengalaman menguruskan operasi bakeri dari rumah.

Selain itu, kursus ini akan dibimbing oleh Industry Player. Rugi jika anda tidak menuntut ilmu daripada mereka yang berpengalaman dalam industri ini.

Baca juga: Program Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) Membantu Usahawan. Imbas Kod QR & Daftar

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang dipelawa untuk mengikuti Kursus Asas Bakeri ini ialah:

  • Suri rumah
  • Lepasan sekolah
  • Lepasan Diploma dan Ijazah
  • Hilang pekerjaan dan pendapaatan
  • Golongan B40

2 PILIHAN TARIKH PROGRAM

Terdapat 2 pilihan tarikh untuk mengikuti Kursus Asas Bakeri INSKEN ini iaitu:

  • Kursus Asas Bakeri: 1 hingga 3 Oktober 2021
  • Kursus Asas Bakeri: 15 hingga 17 Oktober 2021

YURAN PERMOHONAN

Anda akan dikenakan yuran permohonan sebanyak:

  • RM100 sahaja

SYARAT PERMOHONAN

Baca dahulu syarat yang ditetapkan sebelum anda membuat permohonan. Syarat-syaratnya ialah:

  • Individu yang sudah mula berniaga digalakkan untuk turut serta
  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran (RM100) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
  • INSKEN boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

PAUTAN PENDAFTARAN

Anda boleh membuat pendaftaran secara online melalui pautan berikut:

Kursus Asas Bakeri: 1 hingga 3 Oktober 2021

Surirumah, Lepasan Sekolah & Graduan, Ikuti Kursus Asas Bakeri INSKEN & Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Dengan Ilmu Ini

Kursus Asas Bakeri: 15 hingga 17 Oktober 2021

Surirumah, Lepasan Sekolah & Graduan, Ikuti Kursus Asas Bakeri INSKEN & Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Dengan Ilmu Ini

  • Isikan email dan nombor kad pengenalan anda untuk pendaftaran.

Surirumah, Lepasan Sekolah & Graduan, Ikuti Kursus Asas Bakeri INSKEN & Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Dengan Ilmu Ini

Baca juga: Rumah IKRAM KPKT Dengan Kadar Sewa RM124 Sebulan Sahaja & Ini Syarat Permohonannya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Kursus Asas Bakeri INSKEN, sila hubungi INSKEN di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...