Semurah RM50! Kursus Asas Keusahawan (KAK) INSKEN. Cepat Daftar Sebelum Terlambat!

Baru nak berjinak-jinak adalam bidang perniagaan? Jika ya, anda digalakkan untuk mengikuti Kursus Asas Keusahawanan (KAK) yang dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) buat anda.

Terdapat 2 tarikh yang boleh anda ikuti dan semestinya kursus yang ditawarkan ini adalah percuma sahaja buat anda.

Dapatkan cara-cara untuk menyertai  Kursus Asas Keusahawanan (KAK) INSKEN seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga:Jana Pendapatan Melalui Tanaman Fertigasi ACID Melalui Program Agri-Coaching And Industry Development Melaka

TUJUAN KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN (KAK) INSKEN

Tujuan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) INSKEN ini diadakan adalah:

  • Memberi gambaran awal mengenai bisnes yang bakal dijalankan oleh peserta.
  • Memberi manual asas perniagaan kepada peserta.
  • Peserta boleh semak semula dan perbaiki asas perniagaan yang telah dijalankan.

TARIKH KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN (KAK) INSKEN

Tarikh untuk Kursus Asas Keusahawanan (KAK) INSKEN adalah seperti berikut:

  • 27 hingga 28 Mei 2021
  • 5 hingga 6 Jun 2021

KAEDAH KURSUS

Kaedah kursus yang akan dijalankan bagi kedua-dua tarikh adalah secara:

  • Kelas Online melalui Google Meet
Nota: Setiap peserta akan mengambil ujian psikometrik untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan.

MODUL ASAS KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN (KAK) INSKEN

Terdapat 7 jenis modul asas sepanjang kursus yang akan diadakan seperti berikut:

  1. Pendaftaran Bisnes
  2. Pengurusan Kewangan
  3. Jualan dan Pemasaran
  4. Operasi Bisnes
  5. Aspek Pematuhan
  6. Aspek Perundangan
  7. Pengurusan Cukai

Nota: Anda juga akan mendapat bahan kursus secara percuma iaitu:

  • Buku StartMeUp
  • Business toolkit for Startups

TERMA & SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja.
  • Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN.
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira.
  • Walk-in tidak akan dilayan.
  • Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program.
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan.
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas.
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dan klik:

1. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) INSKEN (27-28 Mei 2021)

Semurah RM50! Kursus Asas Keusahawan (KAK) INSKEN. Cepat Daftar Sebelum Terlambat!

2. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) INSKEN (5-6 Jun 2021)

Semurah RM50! Kursus Asas Keusahawan (KAK) INSKEN. Cepat Daftar Sebelum Terlambat!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Asas Keusahawanan (KAK) sila hubungi:

  • Kampus INSKEN, CoPlace 1,
    2270 Jalan Usahawan 2,
    Cyber 6, 63000 Cyberjaya,
    Selangor Darul Ehsan.Tel: +603-8314 8800
  • Faks: +603-8314 8900
  • Emel: [email protected]
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.