Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Kursus Confectionary & Bakery SKM Tahap 2 Di Akademi Kulinari Terengganu

2,748

Jika anda berminat dalam bidang pembuatan pastry, anda digalakkan untuk menyertai Kursus Confectionary & Bakery SKM Tahap 2 di Akademi Kulinari Terengganu yang akan diadakan pada bulan Julai nanti.

Untuk pengetahuan anda juga, Majlis Agama Islam dan Adat Istadat Melayu Terengganu ( MAIDAM), akan menanggung sepenuhnya kursus latihan anda selama 6 bulan.

Lakukan pendaftaran dengan segera kerana tempat yang disediakan sangat terhad. Dapatkan cara membuat permohonan pendaftaran mengikuti Kursus Confectionary & Bakery SKM Tahap 2 di Akademi Kulinari Terengganu seperti yang dikongsikan disini.

MAKLUMAT KURSUS CONFECTIONARY & BAKERI SKM TAHAP 2 AKADEMI KULINARI TERENGGANU

Maklumat Kursus Confectionary & Bakery SKM Tahap 2 adalah seperti berikut:

  • Kursus: Confectionary & Bakery (SKM Tahap 2)
  • Tempoh Latihan: 6 Bulan
  • Yuran: Dibiayai MAIDAM sepenuhnya
  • Tarikh Kemasukan: Julai 2021
  • Lokasi Kursus: Akademi Kulinari Terengganu

Cara Mohon Kursus Confectionary & Bakery SKM Tahap 2 Di Akademi Kulinari Terengganu

TARIKH PERMOHONAN KURSUS

Tarikh permohonan kursus dibuka mulai:

  • 27 April hingga 6 Jun 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KURSUS CONFECTIONARY & BAKERI SKM TAHAP 2 AKADEMI KULINARI TERENGGANU

Semak syarat kelayakan permohonan kursus terlebih dahulu sebelum anda membuat permohonan seperti berikut:

  • Rakyat negeri Terengganu atau pemaustatin tetap di negeri Terengganu.
  • Anak-anak asnaf fakir miskin sahaja.
  • Beragama Islam, baligh dan berakal.
  • Berumur 18 tahun hingga 25 tahun sahaja.
  • Terbuka kepada PEREMPUAN sahaja.
  • Berstatus BUJANG.
  • Mempunyai minat dalam bidang pastri.
  • Boleh menulis, membaca dan mengira.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak buta warna
  • Tidak menghidap penyakit kronik atau OKU anggota fizikal.
  • Pendaftaran yuran peperiksaan SKM RM100.

Baca juga: Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar Sabah, Sarawak Dan Luar Negara (Wang Zakat), MAIDAM

KELEBIHAN & KEMUDAHAN

Antara kelebihan dan kemudahan yang bakal anda perolehi sekiranya mengikuti Kursus Confectionary & Bakery SKM Tahap 2 ialah:

  • Yuran kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh MAIDAM.
  • Duit elaun diberikan sebanyak RM200 sebulan selama 6 bulan.
  • Makan dan minum disediakan.
  • Penginapan asrama disediakan kepada peserta.
  • Tempat pengajian yang kondusif dan selesa.
  • Perlindungan Takaful sepanjang pengajian.
  • Pelatih layak menerima Sijil Giatmara Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Cara Mohon Kursus Confectionary & Bakery SKM Tahap 2 Di Akademi Kulinari Terengganu

CARA MOHON KURSUS CONFECTIONARY & BAKERI SKM TAHAP 2

Berminat? Anda boleh membuat permohonan secara online dipautan berikut:

Cara Mohon Kursus Confectionary & Bakery SKM Tahap 2 Di Akademi Kulinari Terengganu

  • Klik pada KURSUS KULINARI dan buat semakan kelayakan.
  • Seterusnya buat permohonan untuk mengikuti kursus.
  • Isikan borang, cetak setelah siap dan hantar ke alamat berikut:

    Yayasan Pendidikan MAIDAM
    Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM,
    Jalan Masjid Abidin,
    20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

Baca juga: Cara Mohon Program Skim Latihan Graduan Anak Pahang. Semak Syarat Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Yayasan Pendidikan MAIDAM di:

  • 09-6223 500
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...