Kursus Kemahiran Malaysia Bantu Tingkatkan Kerjaya Anda Dengan Elaun RM400 Setiap Bulan. Jom Daftar Sekarang!
Anda yang ingin mendapatkan kursus TVET/Kemahiran atau Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional seterusnya meningkatkan kerjaya anda dalam bidang yang berkaitan, boleh mengikuti kursus TVET yang dianjurkan oleh Kolej Kemahiran Breyer ini.
Selain itu, bagi anda yang berada di Wilayah Persekutuan boleh memohon program Bootcamp Zero To Hero anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Program ini ditawarkan kepada golongan B40 penerima Bantuan MAIWP dan permohonannya adalah sehingga 1 Mei 2021.
Berminat untuk mengikut kursus TVET/Kemahiran untuk tingkatkan kerjaya anda? Teruskan bacaan anda untuk dapatkan cara mohon seterusnya dapatkan elaun sehingga RM400 ketika berkursus.
INFO RINGKAS TVET
Isi Kandungan
Apa itu TVET?
TVET adalah singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional dan ianya merupakan salah satu proses pembelajaran yang menekankan kepada amalan pekerjaan dalam industri. Ia bagi menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.
CIRI PEMBELAJARAN TVET
Pelajar TVET secara umumnya adalah mereka yang kurang gemar dalam bidang akademik tetapi gemar mencuba sesuatu yang baru yang lain dari kebiasaannya.
Ini kerana kaedah pembelajaran untuk pelajar TVET adalah:
- 70% PRAKTIKAL
- 30% TEORI.
Pelajar lebih banyak terdedah kepada penggunaan teknologi berbanding dengan pelajar bidang akademik jadi pastinya pelajar tidak pernah berasa bosan semasa proses pembelajaran sedang dilakukan dan secara tidak langsung pelajar TVET ini didedahkan dengan situasi alam pekerjaan yang sebenar.
Justeru itu, pelajar TVET mempunyai kelebihan dari segi praktikal atau amali. Ianya menyebabkan pelajar lebih menyerlah dari segi praktikal berbanding dengan pelajar yang menumpukan kepada akademik. Kebanyakan pelajar TVET ditawarkan bidang kemahiran yang menjadi rebutan banyak syarikat pada hari ini, jadi tiada istilah pelajar TVET mempunyai masa hadapan yang gelap.
KURSUS KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN
Terdapat 6 jenis kursus yang ditawarkan iaitu:
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA
- Diploma Kulinari
- Diploma Sistem Komputer
- Diploma Sistem Maklumat
- Diploma Perhotelan (F&B)
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
- Sijil Kemahiran Malaysia Juru Elektrik (ELEKTRIKAL)
- Sijil Kemahiran Malaysia Juru Kimpal (WELDING)
Mod kursus adalah secara SEPENUH MASA.
JUMLAH ELAUN
Peserta kursus yang layak akan menerima elaun sebanyak:
- RM400/sebulan
SYARAT PERMOHONAN KURSUS KEMAHIRAN MALAYSIA
Antara syarat permohonan untuk mengikuti Kursus Kemahiran Malaysia ini ialah:
- Berumur 15 hingga 45 tahun
- Boleh membaca dan menulis
- Tidak memerlukan sijil PT3/PMR/SPM
CARA MEMOHON KURSUS KEMAHIRAN MALAYSIA
Untuk membuat permohonan Kursus Kemahiran Malaysia, anda hanya perlu klik pada pautan berikut:
Baca juga: Cara Mendaftar Pelbagai Kursus Ambilan Julai Di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.