Kutu Beras Berumah Dalam Beras. Ini 6 Cara Mudah Dan Berkesan Halau Kutu Beras Secara Semulajadi.
Ada antara anda yang suka membeli beras berpuluh kilo sekaligus sebab antaranya ahli keluarga yang ramai, malas untuk berulang alik ke kedai, faktor kedai yang jauh dan simpan untuk dijadikan stok beras.
Beras Banyak Tetapi Ada Kutu / Bubuk
Isi Kandungan
Namun, bila agak lama beras disimpan, mesti ada serangga yang tidak diingini menetap di dalam beras anda.
Tak lain tak bukan, itulah kutu beras atau bubuk yang selalu ada di dalam beras jika beras yang dibeli agak lama dan jarang digunakan.
Jadi, untuk mengelak daripada beras yang dibeli dihuni oleh kutu beras, mari kita cuba 6 tips untuk mengelakkan beras menjadi sarang kutu.
6 Tips Halau Kutu Beras Secara Semulajadi
1. Jemur Tengah Panas
Letakkan beras yang dipenuhi kutu beras dalam satu dulang, kemudian jemurkan di tengah panas. Keadaan cuaca yang panas akan menyebabkan kutu beras lari.
2. Letakkan Cili Kering
Ambil beberapa cili kering dan letakkan ke dalam bekas beras. Sifat cili kering yang panas dapat menghalau kutu beras.
3. Masukkan Bawang Putih
Sifat bawang putih yang berbau kuat, mampu menghilangkan kutu beras. Ini disebabkan kutu beras tidak suka kepada bau-bauan.
4. Gunakan Daun Pudina
Gunakan daun pudina yang kering, kemudian kisar sehingga menjadi serbuk. Setelah itu, masukkan serbuk tadi ke dalam uncang. Letakkan uncang ke dalam bekas beras. Cara ini dapat menghalau kutu beras.
5. Masukkan Daun Limau Purut
Bau daun limau purut yang wangi, dapat menghilangkan kutu beras. Ambil beberapa helai daun limau purut, kemudian letakkan ke dalam bekas beras.
6. Letak Kulit Kayu Manis
Bau kulit kayu manis juga dapat menghilangkan kulit kayu manis juga dapat menghilangkan kutu beras. Ambil sebatang dua kulit kayu manis, kemudian letakkan ke dalam bekas beras.
Semoga dengan perkongsian ini, kutu beras atau bubuk tidak lagi merosakkan beras anda dan beras anda menjadi wangi dan bebas daripada kutu beras ini.
Selamat mencuba.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.