Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Misi Mencari Lailatul Qadar Di Sepuluh Malam Terakhir Ramadan. Ini Tarikhnya

2,424

Apa itu Lailatul Qadar?

Lailatulqadar merupakan satu malam yang istimewa di Bulan Ramadan.

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR

Antara kelebihan malam Lailatul Qadar adalah seperti berikut:

1. Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan

“Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.” (Imam al-Qurtubi)

2. Malaikat dan Jibril turun pada malam Lailatul Qadar

“Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.” (Imam al-Qurtubi)

3. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.

“Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.” (Al-Dahhaq)
“Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” (Mujahid)

BILA BERLAKUNYA LAILATUL QADAR?

Lailatul qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan.

“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.” (Rasulullah SAW)

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

  • Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”
  • Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.
  • Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.

TARIKH MALAM LAILATUL QADAR TAHUN 2021

Berikut adalah jadual tarikh malam Lailatul Qadar yang boleh anda jadikan rujukan memburu Lailatul Qadar bagi Tahun 2021:

Misi Mencari Lailatul Qadar Di Sepuluh Malam Terakhir Ramadan. Ini Tarikhnya

Baca juga: Contoh Doa-Doa Ringkas Dibaca Sebelum Berbuka Puasa, Salah Satu Waktu Mustajab Berdoa

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...