Laluan Alternatif Dari Kuala Lumpur Ke Pantai Timur Yang Boleh Dilalui & Tidak Terlibat Banjir

Banjir besar yang berlaku telah menyebabkan banyak jalan dinaiki air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan.

Risau jika anda melalui juga jalan tersebut ia akan mengakibatkan insiden yang tidak diingin seperti dihanyutkan air atau jatuh ke dalam lubang yang tidak dapat dilihat.

Oleh itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyenaraikan beberapa laluan alternatif dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

KESAN BANJIR DI MALAYSIA

Mengikut mangsa banjir yang terlibat baru-baru ini, mereka menyatakan bahawa kesan banjir yang berlaku adalah ibarat tsunami kerana:

  • Bekalan elektrik, air dan komunikasi terputus menyebabkan mangsa banjir sukar membersihkan kesan banjir lumpur itu.
  • Jalan yang menghubungkan beberapa kampung sudah mendap dan hanya boleh dilalui motosikal saja.

“Kita pun tidak tahu apa terjadi dengan dunia luar, kami terputus komunikasi di sini, ketika ini hanya terfikir mahu membersihkan rumah saja, namun kesan lumpur sangat tebal menyebabkan kesukaran buat kami.Banjir kali ini betul-betul luar biasa dan tidak seperti tahun sebelumnya, namun kami reda kerana ini ujian Allah buat kami.”

Mangsa banjir

LALUAN ALTERNATIF KUALA LUMPUR KE PANTAI TIMUR

NADMA melalui Twitter mereka telah membuat perkongsian mengenai laluan alternatif yang selamat untuk dilalui oleh orang ramai dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

Laluan alternatif dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur yang dikongsikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah seperti berikut:

Laluan Alternatif Dari Kuala Lumpur Ke Pantai Timur Yang Boleh Dilalui & Tidak Terlibat Banjir

Selain itu, rakyat negeri Selangor yang terlibat musibah banjir akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 mulai 25 Disember 2021.

Bagi anda yang tinggal di kawasan-kawasan yang selalu dilanda banjir boleh menyediakan beg kecemasan atau Bug Out Bag (BOB) beserta senarai-senarai kelengkapan seperti yang diskongsikan disini. Bersedia awal lebih baik daripada sebarang kemungkinan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai laluan alternatif dan yang berkaitan, anda boleh dapatkan di:

  • 03-2610 7727
  • http://bencanaalam.jkr.gov.my
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.