Lanjutan Moratorium Bersasar: Semak Cara Permohonan Disini

Adakah pendapatan anda berkurang akibat terpaksa bekerja ditempat baru kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu? Jika ya, anda boleh membuat permohonan untuk pengurangan bayaran balik pinjaman.

Jadi berdasarkan Bajet 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, para peminjam dari kalangan B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman di bawah RM150,000 layak menerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (TRA) atau Lanjutan Moratorium Bersasar.

BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BERSASAR (TRA)

Tujuan bantuan ini ialah untuk membantu para peminjam yang menghadapi masalah kewangan akibat pandemik Covid-19  dan mengalami pengurangan pendapatan sekaligus menyukarkan mereka untuk membuat pembayaran seperti sebelumnya.

BENTUK BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN (TRA)

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini akan disedikan untuk bayaran ansuran mulai bulan Disember 2020 dan akan berkuatkuasa pada ansuran sterusnya selepas permohonan dan pengesahan peminjam diterima.

Antara bentuk bantuan yang diberikan kepada peminjam ialah:

  • Penangguhan ansuran bulanan selama 3 bulan
  • Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% dalam tempoh selama 6 bulan.

SYARAT KELAYAKAN LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR

Jika anda ingin membuat permohonan, semak dahulu syarat kelayakan seperti berikut:

  • Individu golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
  • Perusahan mikro, menurut takrifan SME Corp., bagi kemudahan dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000.
  • Bantuan ini akan disediakan untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020.
  • Pinjaman tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada masa peminjam memohon bantuan bayaran balik.
  • Peminjam B40 dan perusahaan mikro yang pernah menerima apa-apa bentuk bantuan bayaran balik bersasar yang lain, dan ingin memohon bantuan lanjutan di bawah langkah-langkah tambahan yang diumumkan pada hari ini, masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi bank masing-masing.
Nota: Bagi peminjam M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional, yang pendapatan isi rumah mereka telah berkurang akibat pandemik, bank-bank akan menerima permohonan mereka bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan.

TARIKH PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR

Tarikh permohonan bagi Lanjutan Moratorium Bersasar ini ialah:

  • 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021

CARA MEMBUAT PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR

Sekiranya anda melepasi syarat kelayakan, berikut adalah cara untuk memohon Lanjutan Moratorium Bersasar:

  • Hubungi pihak bank dahulu.
  • Buat pengesahan pilihan bayaran balik.
  • Bagi peminjam M40 yang ingin membuat permohonan, anda perlu membuat pengisytiharan (self declaration) tentang pengurangan pendapatan mereka dan / atau pendapatan isi rumah mereka untuk mempercepatkan lagi pemberian bantuan.
  • Bank-bank akan terus menghubungi para peminjam dalam kategori ini untuk mengkaji semula keadaan kewangan mereka.
  • Proses dan keperluan dokumentasi permohonan akan berbeza mengikut bank. Walau bagaimanapun, proses permohonan dijangka senang dan mudah, dengan keperluan dokumentasi yang dipermudahkan.
    Bank-bank tidak memerlukan dokumen tambahan daripada peminjam untuk memberikan bantuan bayaran balik ini.
  • Bagi pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap, peminjam perlu menandatangani perjanjian baharu menurut Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah.
  • Dalam kebanyakan keadaan, peminjam boleh memohon dan melengkapkan permohonan secara dalam talian atau melalui telefon.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Lanjutan Moratorium Bersasar, sila hubungi:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.