Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan UPUOnline daripada 31 Mac 2021 kepada 7 April 2021.
Permohonan UPUOnline ini adalah untuk kemasukan ke universiti awam(UA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2021/2022 sehingga jam 5 petang 7 April 2021.
Bagi tahun ini, tiada lagi bayaran proses untuk UNIK ID untuk memohon UPUOnline kerana bayarannya telah ditanggung sepenuhnya oleh KPT
Rujuk: UPUOnline Free, KPT Tanggung Bayaran Proses & Ini Cara Mohon UPUOnline Tanpa UNIK ID.
TARIKH LANJUTAN TARIKH PERMOHONAN UPUONLINE
Isi Kandungan
Tarikh untuk lanjutan tarikh permohonan UPUOnline adalah:
- Tarikh: 7 April 2021
- Masa: Hingga 5 petang
TUJUAN LANJUTAN TARIKH PERMOHONAN UPUONLINE
Tujuan lanjutan tarikh tutup permohonan UPUOnline adalah berikutan dengan kekangan masa yang dihadapi oleh pelajar lepasan SPM dan STPM 2020 berikutan hal seperti berikut:
- Anjakan masa jadual peperiksaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta setarafnya.
- Memberikan kelonggaran masa dan memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA & ILKA
Pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA hanya perlu membuat permohonan di:
- Klik DAFTAR BARU
- Isikan maklumat dan klik DAFTAR.
- Seterusnya LOG MASUK semula.
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN dan LOG MASUK.
- Pilih kategori pemohon sama ada SPM atau STPM.
- Buat semakan permohonan dan semakan kelayakan.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Klik SAYA SETUJU untuk menghantar permohonan anda.
- Klik butang CETAK SLIP PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR untuk mencetak slip.
- Pemohon juga boleh muat turun slip dan menyipan di dalam disk dengan menekan butang MUAT TURUN SLIP PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR.
Langkah-langkah permohonan UPUOnline yang lebih lengkap sila dapatkan di:
CARTA ALIRAN PERMOHONAN UPUONLINE
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan UPUOnline 2021, sila hubungi:
- Helpline UPU: 03-8870 8200
- UPUChat
- MAKLUMBALAS PELANGGAN
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.