Cara Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Ke Bank Negara. Buat Secara Online & Percuma Sahaja

Jika hendak dapatkan laporan CCRIS untuk sebarang urusan yang berkaitan, anda tidak perlu lagi hadir ke Bank Negara kerana terdapat beberapa cara yang lebih mudah dan dokumen tersebut boleh didapati secara percuma sahaja.

Untuk pengetahuan anda, CCRIS atau Central Credit Reference Information System adalah satu sistem yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia dan bertujuan untuk mengeluarkan laporan kredit individu. Laporan CCRIS digunakan apabila anda ingin melakukan sebarang permohonan pinjaman.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan laporan CCRIS tanpa perlu hadir ke Bank Negara?

CARA MEMBUAT PERMOHONAN LAPORAN CCRIS

Untuk membuat permohonan laporan CCRIS tanpa perlu hadir ke Bank Negara, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  • Muat turun borang permohonan di sini : CCRIS FORM

  • Lengkapkan borang permohonan anda.

Sertakan bersama dokumen seperti berikut :

  • 1 salinan MyKad
  • 1 salinan pasport (Untuk bukan warganegara)
  • 2 dokumen sokongan yang lain (Lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
  • Hantarkan borang permohonan beserta dokumen melalui pautan berikut :

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Ke Bank Negara. Buat Secara Online & Percuma Sahaja

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Ke Bank Negara. Buat Secara Online & Percuma Sahaja

CARA MEMBUAT SEMAKAN DATA MELALUI ECCRIS

Anda juga boleh membuat semakan data secara online dengan mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Ke Bank Negara. Buat Secara Online & Percuma Sahaja

  • Seterusnya klik profil peminjam atau maklumat akaun pinjaman yang berkaitan.
  • Lengkapkan permohonan dengan memasukkan semua maklumat yang diperlukan.
  • Seterusnya klik HANTAR dan permohonan anda akan terus dihantar ke institusi kewangan yang berkaitan.

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Ke Bank Negara. Buat Secara Online & Percuma Sahaja

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi BNMTELELINK di saluran berikut :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.