Lebih 169,000 Netizen Undi Bersetuju Tempoh PKP Dilanjutkan Lagi Selepas 14 April Nanti

Tambah Tempoh PKP

Kerajaan mungkin melanjutkan lagi tempoh PKP selepas 14 April 2020 sekiranya rantaian jangkitan Covid-19 gagal diputuskan sehingga hari ini.

Namun, adakah hal ni mendapat sambutan yang baik dikalangan rakyat Malaysia?

Hal ini kerana terdapat rakyat Malaysia yang bimbangkan pekerjaan mereka terutamanya yang mendapat gaji harian. Namun ada ramai menyokong PKP dilanjutkan tempoh kerana memikirkan betapa mahalnya harga nyawa masing-masing.

“Jika masih ada kelompok rakyat yang berdegil, situasi semasa yang memerlukan kita duduk di dalam rumah, boleh berlanjutan sehingga enam hingga lapan minggu lagi.

( Prof Dr Sazaly Abu Bakar )

Pkp2

Kaji Selidik Lanjut Tempoh PKP

Berdasarkan kaji selidik yang telah dilakukan oleh pihak MKN berkaitan isu ini, didapati seramai 160,000 orang atau sebanyak 88% rakyat Malaysia bersetuju untuk lanjutkan tempoh PKP sehingga penularan virus ini menjadi sifar.

ramai yang bimbang jika virus ini semakin menular dan menjangkiti keluarga dan diri masing-masing.

mkn

Walaupun ada yang agak keberatan untuk bersetuju supaya tempoh PKP dilanjutkan, mereka akur sekiranya dengan lanjutan tempoh PKP ini dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19 dan Malaysia benar-benar berjaya bebas sepenuhnya dan pulih seperti biasa.

kaji1

kaji22

kaji3

kaji4

Semoga dengan kerjasama dan doa dari kita semua, Malaysia bebas daripada virus Covid-19 ini dengan cepat.

#stayathome

Sumber :

  • Telegram MKN
  • Siakap Keli
  • Berita Harian
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.