Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jom Mohon Lesen Perniagaan Melalui BLESS Je. Lebih Mudah & Cepat

1,069

Nak mohon lesen perniagaan secara online tapi tak tahu caranya?

Anda boleh sahaja memohon lesen perniagaan melalui aplikasi BLESS dan anda boleh check disini jenis lesen atau permit yang boleh dipohon di BLESS.

Bagaimanakah proses permohonan lesen dalam BLESS? Semak disini caranya seterusnya buat permohonan disini sahaja.

Baca juga: SSM Lanjutkan Pengecualian Kompaun Sehingga 31 Disember 2021

APA ITU MALAYSIA?

BLESS adalah singkatan daripada Business Licensing Electronic Support System atau dalam Bahasa Malaysia, Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia.  BLESS adalah portal perkhidmatan secara atas talian yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan para peniaga yang ingin memulakan atau menjalankan perniagaan di Malaysia.

BLESS menyediakan akses maklumat yang luas tentang Kerajaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perniagaan.

Ia juga menyediakan sistem penghantaran secara atas talian bagi permohonan lesen/kelulusan/permit, serta sistem pengesanan secara atas talian bagi mengesan status permohonan yang dibuat menerusi BLESS.

JENIS LESEN PERNIAGAAN BOLEH DIPOHON

Semua lesen/kelulusan/permit bagi menjalankan perniagaan dalam semua sektor ekonomi di Malaysia boleh dipohon menerusi BLESS.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN BLESS

Kelebihan menggunakan BLESS adalah:

  • Pemohon tidak perlu pergi ke pelbagai agensi Kerajaan untuk menyerahkan permohonan mereka.

CARA MOHON LESEN MELALUI BLESS

Ingin mohon lesen melalui BLESS? Ini caranya:

  • Daftar butiran peribadi dan syarikat anda bagi mewujudkan akaun pengguna BLESS dipautan berikut: https://www.bless.gov.my

Jom Mohon Lesen Perniagaan Melalui BLESS Je. Lebih Mudah & Cepat

  • Daftarkan perunding anda (jika perlu).
  • Daftar masuk ke aplikasi utama BLESS untuk memohon lesen berkaitan perniagaan.
  • Klik pada pautan “SUBMISSION” di laman utama dan pilih jenis lesen yang dipohon.
  • Lengkapkan borang komposit dan hantar permohonan secara serentak.

PROSES PERMOHONAN LESEN DALAM BLESS

Rujuk proses permohonan lesen dalam BLESS yang dikongsikan ini:

May be an image of text that says 'EMBANGUNAN BLESS Business Licensing Electronic Support System PROSES PERMOHONAN LESEN DI DALAM BLESS 1. PENDAFTARAN PENGGUNA PERMOHONAN LESEN SUBMIT >> PEMPROSESAN PERMOHONAN LESEN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN << 5. CETAKAN LESEN ATAS TALIAN PEMBAYARAN ELEKTRONIK 1300-88-1020 bless1.0@medac.gov.my bless2.0@medac.gov.my LINDUNG DKN wivivini. Bersama LINDUNG 2030 A Wabak SEMUA. Covid-19'

Baca juga: Daftar SSM BizTrust Percuma Sehingga 31 Disember 2021. Semak Cara Daftar Disini

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...