Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

LHDN: Majikan Boleh Emel Borang Cukai Pekerja Warga Asing Hingga 31 Disember 2021

1,633

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa kelonggran telah diberikan kepada majikan untuk mengemukakan borang kertas berkaitan cukai pendapatan pekerja warga asing mereka melalui emel selain serahan tangan dan pos hingga 31 Disember ini.

Kelonggaran ini diputuskan oleh LHDN kerana mereka sangat memahami situasi ketika ini dimana seluruh Malaysia dikenakan PKP 3.0 serta ingin menyahut cabaran Kerajaan untuk melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 yang sedang melanda negara kini.

Apakah borang-borang berkaitan cukai pendapatan pekerja asing yang boleh dihantar melalui emel ke LHDN?

INFO RINGKAS PENYERAHAN BORANG LHDN

Sebelum ini, berkuat kuasa 1 Januari lepas, majikan dikehendaki menyerahkan borang-borang tersebut secara dalam talian e-SPC, serahan tangan dan pos selaras dengan pindaan Subseksyen 83 (2), (3) dan (4) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

LHDN berkata, bermula 1 Januari 2022, pihak LHDN akan melaksanakan semula kaedah serahan borang-borang tersebut mengikut pindaan akta yang ditetapkan sebelum ini.

Bermula 1 Januari 2022, majikan hendaklah mengemukakan semula borang-borang tersebut mengikut kaedah yang ditetapkan iaitu menggunakan format sendiri atau versi selain borang yang ditetapkan di bawah Seksyen 152 ACP 1967 dan melalui emel serta faksimili.
Kelewatan atau kegagalan mengemukakan Borang CP21, CP22, CP22A dan CP22B merupakan suatu kesalahan dan sekiranya disabitkan, boleh dikenakan denda minimum RM200 hingga maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya di bawah Subseksyen 120(1) ACP 1967.

TEMPOH KEMUKA BORANG CUKAI PENDAPATAN LHDN

Majikan boleh kemukakan borang-borang tersebut sehingga:

  • 31 Disember 2021

JENIS BORANG CUKAI PENDAPATAN LHDN

Borang-borang cukai pendapatan pekerja awarga asing adalah:

  • Borang CP21 (pemberitahuan pekerja meninggalkan Malaysia).
  • Borang CP22 (pemberitahuan pekerja baharu).
  • Borang CP22A (pemberitahuan pemberhentian pekerja (termasuk pemberhentian disebabkan kematian) bagi pekerja swasta).
  • Borang CP22B (pemberitahuan pemberhentian pekerja (termasuk pemberhentian disebabkan kematian) bagi pekerja sektor awam.

KENYATAAN MEDIA

LHDN: Majikan Boleh Emel Borang Cukai Pekerja Warga Asing Hingga 31 Disember 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi LHDN menerusi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...