JPJ baru-baru ini mengumumkan penambahan 7 lagi lokasi AES seluruh Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan 20 kesemuanya.
Untuk makluman, AES (Automated Enforcement System) adalah sistem penguatkuasaan jalan raya yang beroperasi sepanjang masa secara automatik tanpa sebarang campur tangan manusia.
Pengenalan Apa Itu AES
Isi Kandungan
AES adalah satu sistem pengesan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
Antara matlamat AES adalah untuk meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musin perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
Selain itu, pelaksanaan AES diharap mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
- 24 jam
- Tidak bermusim
- Tiada campur tangan manusia
Bagaimana AES Berfungsi?
AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
- Tidak mematuhi lampu isyarat
- Memandu melebihi had laju
Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center).
Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
Lokasi AES Seluruh Malaysia
Berikut adalah senarai 7 lokasi baru kamera AES yang diumumkan pihak JPJ. Antaranya:
- KM 151.4 Lebuhraya PLUS-Pagoh
- KM 299.9 Lebuhraya PLUS-Kampar
- KM 17 Gua Musang-Kuala Krai
- KM 96.3 Lebuhraya PLUS-Kuala Muda
- KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
- KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
- KM 146.8 Lebuhraya PLUS-Pagoh
Selain itu, kawasan yang telah dipasang AES sebelum ini adalah meliputi kawasan berikut:
- KM 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah Utara)
- KM 7 Jalan Maharajalela-Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh)
- KM 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan)
- KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah Selatan)
- KM 204.6 Lebuhraya PLUS-Taiping (arah Utara)
- KM 6.6 SKVE (Puchong Ke Kajang)
- Jalan Lebuh Sentosa
- Putrajaya (Kajang menuju PICC)
- Jalan Persiaran Timur
- Putrajaya (PICC ke Kajang)
- KM D7.9 Sungai Besi
- Kuala Lumpur (arah ke Selatan)
- KM 301.6 Lebuhraya PLUS-Kajang (arah ke Utara)
Baca juga: Semakan Senarai Hitam PTPTN