Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

MAIWP: Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2021

1,979

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal kepada mereka yang memerlukan dan menepati syarat yang diberikan.

Semak syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan oleh MAIWP serta dapatkan cara permohonan seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

TUJUAN SKIM BANTUAN AM PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP 2021

Tujuan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal untuk membantu anak-anak asnaf bagi peringkat sekolah rendah dan menengah untuk membayar yuran dan keperluan pembelajaran.

MAIWP: Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2021

SYARAT UMUM SKIM BANTUAN AM PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP 2021

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

MAIWP: Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2021

DOKUMEN SOKONGAN SKIM BANTUAN AM PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP 2021

Sekiranya anda layak membuat permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal, sertakan bersama dokumen berikut untuk lengkapkan permohonan anda:

  • Borang permohonan.
  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
  • Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.

MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
    *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung.

MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

  • Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
  • Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.

LAIN-LAIN DOKUMEN YANG BERKAITAN

Anda juga boleh mengemukakan dokumen lain yang berkaitan dengan permohonan seperti berikut:

MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

Permohonan yang telah siap boleh dihantar beserta dokumen yang lengkap dengan menghadirkan diri ke kaunter Baitulmal MAIWP seperti yang dikongsikan disini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Persediaan Pelajaran IPT MAIWP dan ajukan pertanyaan anda di:

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
    Aras G,1,20,22,
    Bangunan PERKIM No. 150,
    Jalan Ipoh, 51200
    Kuala Lumpur
  • Telefon: 03 4047 9444
  • Faks: 03 4044 9444

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...