Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Makan Pedas Ketika Menyusu Bayi, Boleh Atau Tidak? Ini Jawapan Doktor

0 1,238

Jika didengari akan petua daripada generasi terdahulu yang sering menjadi ikutan sehingga kini menyatakan ibu yang masih dalam pantang dan menyusukan anak tidak dibenarkan sama sekali memakan makanan yang pedas. Hal ini kerana kesihatan anak tersebut akan terjejas akibat daripada pemakanan yang pedas itu.

Perkara inilah yang sering menjadi dilema bagi setiap wanita yang menyusukan bayi di dalam negara kita. Ada juga antara mereka yang tidak menyentuh sedikitpun makanan pedas dengan alasan menginginkan kesihatan yang baik buat bayi mereka.

menyusu bayi last

Namun, persoalannya kini ialah sejauh manakah kebenaran petua ini? Mungkin ramai daripada kita yang menyangka petua ini adalah benar sehingga menyebabkan ianya menjadi ikutan pelbagai generasi sehingga sekarang.

Adakah petua ini sememangnya fakta yang benar ataupun mitos semata-mata. Untuk mendapatkan jawapannya, mari kita teliti jawapan daripada seorang doktor pakar tentang petua turun-temurun yang popular ini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh seorang doktor pakar yang juga merupakan penasihat perubatan untuk Society for Women’s Health Research, Dr. Jeniifer Wider menyatakan bahawa tiada langsung kesan sampingan kepada bayi sekiranya ibu memakan makanan yang pedas.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada bukti saintifik yang mengatakan pemakanan pedas oleh ibu akan menjejaskan kesihatan bayi mereka. Bukan itu sahaja, Dr. Jennifer Wider turut mengemukakan beberapa bukti bahawa pemakanan pedas oleh ibu dapat membawa kesan baik kepada bayi terutama sekali dalam ransangan deria rasa.

KEBAIKAN PEMAKANAN PEDAS OLEH IBU BUAT BAYI

Menurut kajian Dr. Jennifer Wider, ibu-ibu yang mengamalkan makanan pedas dan segala jenis makanan yang lain dapat membantu dalam meransang deria rasa bayi. Ransangan ini dapat membantu bayi membesar sebagai seorang yang tidak cerewet dalam memilih makanan.

menyusu bayi 2

Selain itu, Dr. Jennifer Wider turut menegaskan bahawa memakan makanan pedas ketika menyusu tidak akan sama sekali menjejaskan bayi kerana makanan yang dimakan akan diproses dan dikumuh melalui sistem pencernaan.

Penghasilan susu badan pula tidak sama sekali berkaitan dengan sistem pencernaan. Susu badan dihasilkan melalui darah ibu sendiri.

Sebagai contoh, jika ibu memakan sayur yang berangin. Nutrien sayur tersebut akan diserap ke dalam susu tetapi tidak bahan berangin itu. Sama juga situasi ini dengan pemakanan pedas oleh ibu. Bahagian pedas itu tidak sama sekali diserap ke dalam susu.

 

Menurut kajian pakar juga, jika seorang ibu itu memang selalu mengamalkan pemakanan pelbagai iaitu ibu memakan apa sahaja jenis makanan termasuklah makanan pedas sejak awal fasa penyusuan, bayi tersebut akan membesar sebagai seorang yang tidak memilih makanan kerana telah terbiasa dengan deria rasa itu.

Tidak dinafikan bahawa masih ramai dalam kalangan para ibu hari ini masih berpegang teguh dengan kepercayaan turun-temurun di mana anak akan jatuh sakit sekiranya si ibu makan makanan pedas ketika menyusu.

menyusu bayi 1

Berdasarkan bukti kajian daripada doktor pakar berkaitan perhubungan pemakanan pedas dan kesihatan bayi ini, jelaslah kepada kita bahawa pemakanan pedas oleh ibu tidak membawa kesan langsung kepada kesihatan bayi bahkan malah mendatangkan kebaikan.

Jika anda memang seorang yang tidak memakan pedas, anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan seimbang demi kesihatan bayi anda. Anda juga dinasihatkan untuk tidak terlalu mempercayai mitos berkaitan dengan isu kesihatan. Rujuklah doktor yang lebih mahir dalam bidang ini supaya anda tidak lagi terikut-ikut dengan mitos.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...