Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mamogram Untuk Wanita Selangor. Daftar Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) & Pemeriksaan Percuma Sahaja!

1,112

Pernah tak anda dengar mengenai Skim Kesihatan Wanita Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

Untuk pengetahuan anda, Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS)  ini menyediakan khidmat pemeriksaan mamogram secara percuma kepada golongan wanita di Selangor.

Nak daftar untuk dapatkan pemeriksaan mamogram secara percuma? Dapatkan cara daftar disini dan daftarkan diri anda serta ibu anda ya!

TUJUAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR (SKWS)?

Tujuan utama Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) adalah untuk:

  • Memastikan kesihatan wanita di negeri Selangor terjaga dan dalam keadaan optimum.
  • Memberi perkhidmatan pemeriksaan memogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.

Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) ialah:

  • ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR (SKWS)

Terdapat beberapa syarat utama untuk membuat permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) iaitu:

  • Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas
  • Pengundi berdaftar di Negeri Selangor
  • Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor
  • Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)
Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu.
Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalani apabila peserta mendapatkan rekomendasi oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online sahaja melalui pautan berikut:

  • https://skw.yawas.my/web/
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan buat semakan.
  • Jika tiada dalam senarai, buat pendaftaran baru.
  • Lengkapkan permohonan anda.

Mamogram Untuk Wanita Selangor. Daftar Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) & Pemeriksaan Percuma Sahaja!

  • Akhir sekali klik Simpan Maklumat untuk menghantar permohonan anda.

Atau anda boleh mendaftar dengan mengimbas QR CODE pada poster dibawah.

Jangan lupa lampirkan bersama dokumen berikut untuk lengkapkan permohonan anda:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan semakan daftar pemilih (SPR)
  • Borang online yang telah disahkan (bukan kelahiran Selangor tetapi telah bermastautin minimum 10 tahun)
Nota: Sila hantar dokumen sokongan beserta borang permohonan online ke pejabat YAWAS dalam tempoh 14 hari selepas pendaftaran.

Mamogram Untuk Wanita Selangor. Daftar Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) & Pemeriksaan Percuma Sahaja!

Baca juga: RM3,000 Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 MAIWP. Muat Turun Borang & Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim Kesihatan Wanita Selangor sila layari laman web berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...