Mamogram Untuk Wanita Selangor. Daftar Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) & Pemeriksaan Percuma Sahaja!
Pernah tak anda dengar mengenai Skim Kesihatan Wanita Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Untuk pengetahuan anda, Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) ini menyediakan khidmat pemeriksaan mamogram secara percuma kepada golongan wanita di Selangor.
Nak daftar untuk dapatkan pemeriksaan mamogram secara percuma? Dapatkan cara daftar disini dan daftarkan diri anda serta ibu anda ya!
TUJUAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR (SKWS)?
Isi Kandungan
Tujuan utama Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) adalah untuk:
- Memastikan kesihatan wanita di negeri Selangor terjaga dan dalam keadaan optimum.
- Memberi perkhidmatan pemeriksaan memogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.
Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) ialah:
- ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR (SKWS)
Terdapat beberapa syarat utama untuk membuat permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) iaitu:
- Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas
- Pengundi berdaftar di Negeri Selangor
- Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor
- Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online sahaja melalui pautan berikut:
- https://skw.yawas.my/web/
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan buat semakan.
- Jika tiada dalam senarai, buat pendaftaran baru.
- Lengkapkan permohonan anda.
- Akhir sekali klik Simpan Maklumat untuk menghantar permohonan anda.
Atau anda boleh mendaftar dengan mengimbas QR CODE pada poster dibawah.
Jangan lupa lampirkan bersama dokumen berikut untuk lengkapkan permohonan anda:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan semakan daftar pemilih (SPR)
- Borang online yang telah disahkan (bukan kelahiran Selangor tetapi telah bermastautin minimum 10 tahun)
Baca juga: RM3,000 Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 MAIWP. Muat Turun Borang & Mohon
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim Kesihatan Wanita Selangor sila layari laman web berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.