Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mesengger Kids Lebih Baik Untuk Kanak-Kanak,Ibu Bapa Hanya Pantau Sahaja.

993

Ibu bapa pasti khuatir apabila melihat anak-anak mereka terutamanya yang masih kanak-kanak melekat dengan telefon bimbit sepanjang masa. Ini kerana mereka bimbang kanak-kanak tersebut bermain dengan aplikasi yang didominasi oleh orang dewasa dan mungkin aplikasi tersebut tidak sesuai dengan kanak-kanak untuk menggunakannya.

Aplikasi Messenger Kids

Untuk mengatasi kebimbangan ibu bapa tersebut, Facebook telah melancarkan satu aplikasi permesejan khusus untuk kanak-kanak. Aplikasi yang bernama Messenger Kids ini membolehkan mereka untuk berhubung dengan rakan-rakan secara maya dengan pemantauan ibu bapa.

Aplikasi ini adalah satu akses dimana kanak-kanak menggunakan Messenger Kids untuk berhubung antara satu sama lain.

msgerkids1

Muat Turun Aplikasi

Anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma di Goole Play Store atau App Store seperti berikut :

msger kids

ios msger

Setelah muat turun aplikasi ini, anda perlu :

  • Sahkan peranti anak anda dengan memasukkan nama username dan kata laluan akaun Facebook milik ibu atau bapa
  • Cipta akaun Messenger anak anda. Akaun ini akan dihubung terus ke akaun Facebook anda.
  • Ibu bapa boleh memberi akses untuk sebarang ciri yang terdapat dalam aplikasi ini.
  • Ibu bapa juga boleh menambah kontak rakan-rakan atau keluarga. Caranya, buka akaun Facebook (milik ibu bapa), klik more (palang tiga) di panel menu bahagian atas dan pilih Messenger Kids.

akaun msger kids

Selepas akaun dicipta, kanak-kanak boleh menggunakan aplikasi berkenaan untuk bermesej atau membuat panggilan atau sidang video dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.

Ciri Menarik Dalam Messeger Kids

Terdapat beberapa ciri menarik di dalam Messenger Kids ini iaitu :

  • Koleksi Gif, sticker topeng, frame, emoji dan efek bunyi yang bersesuaian dengan kanak-kanak
  • Kanak-kanak juga boleh menghantar gambar, video dan mesej semasa membuat panggilan video kepada kenalan yang telah dimasukkan oleh ibu bapa
  • Fungsi melukis untuk kanak-kanak mengekspresi kreativiti mereka semasa melakukan panggilan video atau bermesej.

fungsi

Segala maklumat ketika pendaftaran aplikasi ini tidak akan diberikan kepada pihak ketiga.

Walaupun kegunaan teknologi kini semakin meluas, namun kanak-kanak yang menggunakan sebarang aplikasi perlu dipantau oleh ibu bapa dan dihadkan penggunaannya.

Semoga bermanfaat buat anda.

Sumber :

  • Facebook
  • Messenger Kids
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...