Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Modus Operandi Sindiket No TAC Bank, Ini Helah Selalu Digunakan Scammer

1,100

Bantuan Tidak Dapat, Duit Simpanan Hilang

Kebimbangan yang dirasai sejak awal pengumuman mengenai pelbagai bantuan oleh kerajaan akhirnya benar terjadi.

Sudah ramai antara kita yang telah menerima mesej daripada pihak yang tidak bertanggungjawab atau scammer untuk menipu sterusnya mengaut wang yang ada di dalam akaun bank anda tanpa anda sedari.

scammers

Contoh Mesej Scammer BPN

Mesej scammer adalah seperti berikut :

  • Menggunakan nombor telefon peribadi.
  • Ayat tidak teratur dan ada kesalahan.
  • Meminta maklumat bank seperti contoh di bawah.

scammerbpn

Abaikan mesej ini sekiranya anda ada menerimanya.

Apa Kata Pihak LHDNM?

Pihak LHDNM memberi peringatan bahawa:

  • Pastikan SMS yang diterima  adalah dari nombor 62000 atau 63833 sahaja.
  • LHDNM juga tidak akan meminta maklumat peribadi dan perbankan menerusi SMS.

bpn scammer

Modus Operandi Scammer

  • Mangsa menerima nombor TAC ke mesej tanpa melakukan apa-apa transaksi.
  • Scammer akan mesej atau whatsapp atau telefon whatsapp untuk memujuk anda memberikan nombor TAC.
  • Memberi pelbagai alasan seperti silap daftar nombor telefon untuk akaun bank.
  • Meminta nombor TAC dengan alasan ingin membetulkan nombor telefon.
  • Terus menerus mesej,whatsapp dan telefon sehingga mengugut.
  • Jangan sesekali berikan nombor TAC tersebut.

Apa Perlu Buat Jika Telah Memberi Maklumat?

Jika anda menyedari itu adalah scammer :

  • Tukar kata laluan perbankan internet dengan segera.
  • Hubungi pihak bank jika mendapati duit di dalam akaun berkurangan.

tac

Jadi, anda sekali lagi diminta untuk tidak melayan mesej daripada scammer serta lebih berhati-hati dan diharap dengan usaha ini dapat menghentikan usaha mereka membuat penipuan demi penipuan.

scammerlhdn

Sumber :

  • Sinar Harian
  • LHDNM
  • PTPTN
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...