Adakah anda ingin meningkatkan kemahiran untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam bidang teknikal bagi memenuhi keperluan industri boleh membuat permohonan untuk berkursus di GIATMARA secara online dan diberikan elaun sebanyak RM200 sebulan.
Permohonan GIATMARA 2021 bagi ambilan Januari masih lagi dibuka untuk mereka yang berminat dan anda boleh dapatkan syarat permohonan serta cara membuat permohonan secara online disini.
Teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan maklumat yang berkaitan untuk permohonan kursus GIATMARA 2021.
INFO RINGKAS GIATMARA 2021
Isi Kandungan
GIATMARA sinonim dengan latihan yang berkaitan dengan kemahiran secara teknikal dan ia merupakan sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar bermula umur 15 tahun dan ke atas.
Penubuhan GIATMARA itu sendiri bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional untuk belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri serta ekonomi di daerah setempat juga dalam negara.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GIATMARA 2021
Berminat? Semak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan yang tertera seperti berikut:
- Pemohon mestilah bumiputera
- Berumur 15 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan
- Minat bidang kemahiran yang ingin dipelajari
- Tamat tingkatan 5 dan 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhaniaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjana Elektrik.
KELEBIHAN KURSUS GIATMARA 2021
Terdapat beberapa kelebihan yang peserta akan perolehi seperti berikut:
- Kemudahan Latihan
- Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
- Sijil Profesional yang diiktiraf industri
- Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
- Pembangunan Usahawan(Rintis Niaga)
SENARAI KURSUS GIATMARA 2021
Anda juga boleh semak senarai kursus GIATMARA 2021 yang disediakan seperti berikut:
- Kursus Kluster Komputer dan Networking
- Kluster Elektrikal (KEL)
- Kursus Kluster Fabrik
- Kluster Elektronik Mekatronik
- Kursus Kluster Kulinari
- Kluster Hospitaliti
- Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
- Kursus Kluster Mekanikal
- Kluster Pembuatan
- Kluster Senibina
- Kursus Kluster Pengangkutan
- Kursus Kluster Creative Media
CARA MEMBUAT PERMOHONAN GIATMARA 2021
Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan GIATMARA 2021 iaitu secara online dan manual.
PERMOHONAN ONLINE
Untuk permohonan secara online, sila klik:
- www.giatmara.edu.my ATAU
Terus mengisi borang secara online di pautan berikut:
PERMOHONAN MANUAL
Untuk mohon secara manual pula, anda perlu muat turun borang secara manual dari link berikut:
Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.
Atau sila ke GIATMARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Permohonan GIATMARA 2021 di Pusat GIATMARA ynag terdekat dengan anda atau di:
- WISMA GIATMARA
No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia - Telefon: 03-2691 2690
- Fax: 03-2691 2820
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.