Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Panduan Lengkap Mohon Guru MARA DG41 / 20 Subjek Dan Mata Pelajaran

13,924

Berminat dengan profesion sebagai seorang guru serta memiliki ciri-ciri sebagai seorang guru? Jika ya, anda boleh memohon jawatan sebagai Guru MARA DG41 mulai hari ini.

Apakah ciri-ciri seorang guru yang diperlukan untuk mengisi kekosongan Guru MARA DG41? Lihat sini :

  • Berilmu
  • Berkeyakinan
  • Berintegriti
  • Memiliki kemahiran interpersonal
  • Kreatif & inovatif
  • Komited ke arah menerajui kecemerlangan pendidikan dalam mengangkat martabat bangsa.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • 13 November 2020

20 SUBJEK DAN MATAPELAJARAN

Terdapat 20 subjek dan matapelajaran untuk diisi oleh calon yang layak ialah seperti berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bimbingan & Kaunseling
  4. Biologi
  5. Fizik
  6. Kimia
  7. Matematik
  8. Multimedia & Animasi
  9. Seni Reka Grafik
  10. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  11. Sejarah
  12. Pendidikan Islam
  13. Pendidikan Islam (Tahfiz)
  14. Perakaunan
  15. Sains Komputer
  16. Pendidikan Seni / Seni Visual
  17. Reka Bentuk Teknologi
  18. Geografi
  19. Pengurusan Perniagaan
  20. Ekonomi

SYARAT LANTIKAN GURU MARA DG41

Syarat lantikan yang perlu dipenuhi oleh setiap calon adalah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Guru Pendidikan Islam (Tahfiz), hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan dari Institut Pendidikan Islam/Sekolah/Maktab yang diiktiraf.
  • Sihat Fizikal dan Mental.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dimohon).
  • Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain – lain.
  • Bebas dari tindakan disiplin atau salah laku jenayah.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
  • Pemohon hendaklah memohon jawatan ini berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang dimohon.
  • Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon.

STATUS JAWATAN

Taraf jawatan Guru DG41 adalah :

  • Status KONTRAK / TETAP

SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN

  • Permohonan hendaklah dibuat secara online / atas talian di Portal Rasmi MARA iaitu www.mara.gov.my dan juga laman media sosial rasmi mara iaitu FB (https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat), Instagram (https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat) dan Twitter (https://twitter.com/maragov) serta link yang sah sahaja.
  • Semakan pengiktirafan kelayakan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.
  • Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat lantikan skim sahaja akan diproses.
  • Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria – kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang tepat dengan bidang/subjek mengajar yang dimohon.
  • Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).
  • Calon yang berjaya akan menerima pesanan ringkas SMS dan semakan boleh dibuat di laman web MARA dari semasa ke semasa.
  • Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Panduan Lengkap Mohon Guru MARA DG41 / 20 Subjek Dan Mata Pelajaran

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Guru MARA DG41, sila hubungi :

  • Pengarah,
    Bahagian Sumber Manusia MARA, Tingkat 18, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA
    50609 Kuala Lumpur.
  • Telefon : 03-2613 2000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...