Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semak 2 Cara Mohon Sijil SPM Baru Jika Hilang Atau Rosak

3,224

Sebarang permohonan kerja di Malaysia sangat mementingkan sijil akademik terutamanya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Tanpa adanya kelulusan SPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berhak untuk menolak permohonan anda kerana semua permohonan jawatan dari SPA adalah melalui Sistem Permohonan Pekerjaan SPA9.

Bagi anda yang kehilangan atau kerosakan sijil SPM, anda boleh membuat permohonan baru secara online dan sijil anda akan diposkan kepada anda.

Jadi, jom dapatkan cara membuat permohonan mendapatkan sijil SPM anda melalui perkongsian ini.

2 CARA MOHON SIJIL SPM HILANG / ROSAK

Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan dan mendapatkan semula sijil SPM yang hilang atau rosak iaitu:

Permohonan Melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya

  • Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya atau memuat turun disini sahaja:

BORANG PERMOHONAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Semak 2 Cara Mohon Sijil SPM Baru Jika Hilang Atau Rosak

  • Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.
  • Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.
  • Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. (Untuk muat turun surat perlantikan boleh dapatkan di dalam borang permohonan keputusan peperiksaan)
  • Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan
  • Bayaran proses sebanyak RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) dikenakan bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.

Permohonan Melalui Pos

Untuk permohonan melalui pos, sertakan bersama dokumen berikut:

  • Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a (seperti pemohon melalui kaunter LP)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN bernilai RM 30.00. (Cek persendirian tidak diterima).
  • Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA.

TEMPOH PENGELUARAN SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Tempoh pengeluaran sijil SPM yang baru adalah mengikut kategori permohonan seperti berikut:

Permohonan melalui kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994: Satu (1) jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993: Tujuh (7) hari bekerja
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998: Satu (1) jam
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997: Tujuh (7) hari bekerja
  • Lain-lain peperiksaan: Tujuh (7) hari bekerja

Permohonan Melalui Pos

  • Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.

Semak 2 Cara Mohon Sijil SPM Baru Jika Hilang Atau Rosak

Baca juga: Nak Mohon Perkhidmatan Patching Sijil SPM? Ikuti Langkah-Langkah Ini Sahaja!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan sijil SPM atau lain-lain sijil yang berkaitan, sila hubungi Lembaga Peperiksaan di saluran berikut:

  • Lembaga Peperiksaan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 2 , Blok E11, Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604, Putrajaya, Malaysia.
  • Telefon: +603-8000 8000
  • Faks: +603-8888 8001
  • Laman Web: http://lp.moe.gov.my/
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...