Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bank Islam Tawar Moratorium Kepada Mangsa Banjir Selama 6 Bulan

1,153

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan sekaligus hilang punca pendapatan namun, musibah datang tidak berhenti apabila banjir pula melanda.

Prihatin dengan nasib pelanggannya, Bank Islam Malaysia Berhad menawarkan moratorium sehingga enam bulan menerusi Program Prihatin kepada mangsa banjir.

Baca juga: Senarai Lengkap Bank Terlibat Lanjutan Moratorium

Bank Islam Tawar Moratorium Kepada Mangsa Banjir Selama 6 Bulan

3 KEMUDAHAN MORATORIUM MANGSA BANJIR BANK ISLAM

Moratorium ini melibatkan 3 kemudahan pembiayaan seperti:

  • Pembiayaan Rumah
  • Pembiayaan Peribadi
  • Pembiayaan Kenderaan Bank Islam

KELAYAKAN PERMOHONAN MORATORIUM MANGSA BANJIR BANK ISLAM

Mereka yang layak boleh memohon moratorium sehingga enam bulan bagi bayaran komitmen bulanan mereka tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Nota: Syarat kelayakan untuk permohonan moratorium mangsa banjir Bank Islam akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

HEBAHAN MEDIA PERMOHONAN MORATORIUM MANGSA BANJIR BANK ISLAM

Bank Islam Tawar Moratorium Kepada Mangsa Banjir Selama 6 Bulan

Bank Islam sentiasa meneliti perkembangan terkini bencana banjir di kawasan-kawasan yang terjejas dan akan mengambil langkah proaktif membantu pelanggan yang turut terlibat.

Pihak Bani Islam sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan kami dalam menangani situasi semasa, khususnya dengan keadaan banjir yang buruk serta pandemik COVID-19 yang masih melanda negara. Ini kerana kesejahteraan masyarakat dan pelanggan Bank sentiasa menjadi keutamaan Bank Islam.

“Kami berharap program ini dapat bantu melegakan kebimbangan mereka terhadap komitmen kewangan di waktu yang sungguh mencabar ini. Bank Islam akan terus komited untuk membantu dan menyokong negeri-negeri yang terjejas dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terjamin.”

Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muaazam Mohamed

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Para pelanggan yang ingin membuat permohonan moratorium boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di:

  • 03-2690 0900

Atau ke cawangan Bank Islam terdekat.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...