Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semak Sini Tarikh Mohon Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan & Tuntutan Ganti Rugi JPA. Cepat Mohon Mulai Sekarang

1,137

Adakah anda seorang peminjam Peminjam Pelajaran Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Tuntutan Ganti Rugi dalam tempoh PKP?

Jika ya, anda boleh semak disini tarikh permohonan moratorium seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini.

Juga, dapatkan cara membuat permohonan moratorium secara online melalui perkongsian ini.

Baca juga: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas

TEMPOH MORATORIUM

Tempoh moaratorium yang disediakan oleh JPA adalah selama:

  • 6 bulan kepada peminjam/penama yang layak

TARIKH PERMOHONAN MORATORIUM

Anda boleh membuat permohonan mulai:

  • 1 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021
Nota: Peminjam/penama hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.

TEMPOH MORATORIUM BAYARAN BALIK

Tempoh moratorium bayaran balik JPA adalah selama 6 bulan bermula:

  • 1 Ogos 2021 hingga 31 januari 2022

KELAYAKAN PERMOHONAN MORATORIUM JPA

Peminjam/penama yang layak membuat permohonan moratorium Peminjam Pelajaran Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Tuntutan Ganti Rugi ialah:

  • Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh PKP
  • Peminjam yang terjejas penapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh PKP.
Nota: kemudahan ini tidak dipanjangkan kepada peminjam/penama yang
berkhidmat dalam Kerajaan atau membayar melalui potongan gaji. Namun begitu, peminjam/penama tersebut boleh memohon kemudahan penjadualan semula ansuran kepada kadar yang lebih rendah (reschedule) bagi suatu tempoh yang bersesuaian.

CARA MOHON MORATORIUM JPA

Permohonan adalah secara online seperti berikut:

  • https://www.jpa.gov.my/
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik HANTAR.
  • Semak emel kelulusan yang akan dihantar ke emel anda seperti yang didaftarkan

Semak Sini Tarikh Mohon Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan & Tuntutan Ganti Rugi JPA. Cepat Mohon Mulai Sekarang

Nota: JPA akan memaklumkan status permohonan melalui surat rasmi dalam tempoh14 hari bekerja selepas permohonan peminjam diluluskan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai moratorium Peminjam Pelajaran Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Tuntutan Ganti Rugi di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...