Informasi

Cara Daftar MyBayar Saman & Dapatkan Diskaun Saman Sehingga 50%

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

7 July 2021
1 min baca
Isi Kandungan

Orang ramai yang ingin membayar saman dengan diskaun sehingga 50% boleh berbuat demikian dengan hanya menggunakan aplikasi MyBayar Saman yang telah dilancarkan pada 25 Mac 2021.

Sebelum itu bersempena Hari Polis yang ke-214, IPD di beberapa buah negeri menawarkan diskaun saman sebanyak 50% bagi semua jenis saman kecuali saman tertentu yang telah disenaraikan.

Rujuk: Diskaun Saman Sehingga 50% Sempena Hari Polis Yang Ke-214 Sehingga April 2021

Bagaimanakah caranya untuk membuat pendaftaran MyBayar Saman?

TARIKH DISKAUN 50% MELALUI MYBAYAR SAMAN

And boleh membayar saman dengan diskaun sebanyak 50% mulai:

  • 18 Mac 2021 hingga 18 Julai 2021

CARA-CARA MENDAFTAR MYBAYAR SAMAN

Terdapat 2 cara untuk mendaftar MyBayar saman iaitu melalui:

Daftar MyBayar Saman & Dapatkan Diskaun Saman Sehingga 50%. Ini Cara Daftar

  • Klik DAFTAR dan masukkan maklumat peribadi yang diminta.
  • Klik SETERUSNYA untuk mendaftar.

  • Kemudian tunggu nombor OTP dihantar ke telefon bimbit anda.
  • Setelah siap, anda akan dibawa ke halaman utama untuk log masuk.

Daftar MyBayar Saman & Dapatkan Diskaun Saman Sehingga 50%. Ini Cara Daftar

  • Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda cipta tadi.
  • Skrin akan menunjukkan sama ada anda mempunyai saman atau tidak.

Daftar MyBayar Saman & Dapatkan Diskaun Saman Sehingga 50%. Ini Cara Daftar

  • Sekiranya anda mempunyai saman, pilih mod transaksi melalui pautan PEMBAYARAN untuk membayar saman yang ada.

INFOGRAFIK DAFTAR MYBAYAR SAMAN PDRM

Daftar MyBayar Saman & Dapatkan Diskaun Saman Sehingga 50%. Ini Cara Daftar

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai MyBayar Saman, anda boleh dapatkan info semasa ke semasa melalui:

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.