Cara Daftar, Login & Beli Dokumen Maklumat Syarikat Melalui MyData SSM Secara Online
Segalanya dihujung jari kerana anda tidak perlu lagi ke kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM untuk mendaftar syarikat masing-masing atau mendapatkan dokumen maklumat syarikat. Anda hanya perlu mendaftar, login dan membeli dokumen maklumat syarikat hanya melalui MyData SSM sahaja secara online.
MyData SSM ini merupakan satu platform yang dibangunkan oleh SSM yang membolehkan pelanggan mencari, mengekstrak dan membeli maklumat syarikat yang berdaftar dengan SSM secara dalam talian dengan mudah dan menjimatkan masa.
Bagaimana caranya untuk menggunakan aplikasi MyData ini? Teruskan membaca perkongsian ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai MyData SSM.
INFO RINGKAS MYDATA SSM
Isi Kandungan
MyData telah merupakan Pembekal Teknologi dan Perkhidmatan yang dilantik untuk menyediakan akses elektronik langsung ke pejabat pendaftaran syarikat rasmi di Malaysia bermula tahun 2016 yang lalu.
Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh mendapat sumber maklumat yang sah mengenai syarikat dan perniagaan yang diperbadankan dan didaftarkan di Malaysia.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan melalui MyData:
- Profil Syarikat dan Perniagaan : Percuma untuk melihat senarai syarikat
- Maklumat Perbandingan Tahun Kewangan Syarikat yang lepas : Perbandingan untuk mana-mana tahun kewangan tersedia ada. (Financial historical comparison)
- Salinan Diperakukan Sah Secara Digital bagi Sijil Perniagaan : Borang D
SENARAI MAKLUMAT SYARIKAT MELALUI MYDATA
Antara maklumat syarikat yang boleh diperolehi melalui MyData ialah:
- Company and Business Profile
- Idaman (Forms & Images)
- Financial History
- New RUU Product (New Act 2016)
- Certificate of Incorporation/Registration
- Particular of Directors/Officers
- Particular of Share Holders
- Particular of Registered Address
- Particular Change of Name
- Particular of Conversion
- Particular of Company Secretary
- Audit Firm Profile
- Company Listing (Bulk Purchase)
- Data Services
HARGA DOKUMEN SYARIKAT MYDATA SSM
Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan berbaloi kepada pelanggan. Anda boleh membuat pembayaran melalui kaedah berikut:
- Perbankan internet
- Kad kredit
- Akaun prabayar MyData
Harga bayaran:
- Bayaran tambahan Sehingga RM5 ke atas bayaran semasa yang dikenakan oleh SSM untuk mendapatkan maklumat melalui kaunter.
- RM10.00 untuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan RM5.00 adalah caj perkhidmatan untuk Pembekal Teknologi dan Perkhidmatan.
- Bayaran perkhidmatan yang dikenakan sebagai tambahan kepada bayaran berkanun seperti yang ditetapkan di bawah Jadual Kedua Akta Syarikat 1965.
CARA MENDAFTAR MYDATA SSM UNTUK PEMBELIAN DOKUMEN SYARIKAT
Sebelum anda membeli dokumen syarikat, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu seperti berikut:
- Klik pautan berikut: https://www.mydata-ssm.com.my
- Klik LOGIN dan klik SIGN UP.
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dan pilih kategori yang berkenaan (Individual).
- Seterusnya tandakan kotak reCAPTCHA di bawahnya dan tandakan kenyataan di bawah kotak reCAPTCHA tersebut.
- Klik SIGN UP dan pendaftaran akaun anda berjaya.
CARA DAPATKAN MAKLUMAT SYARIKAT MYDATA MELALUI WHATSAPP
Untuk dapatkan maklumat syarikat melalui WhatsApp, anda perlu:
- Klik NED HELP
- Mohon permintaan anda seperti dokumen dan sebagainya.
- Buat pembayaran
- Terima dokumen anda selepas pembayaran berjaya dilakukan melalui WhatsApp sahaja.
CARA LOGIN MYDATA SSM
Setelah anda selesai membuat pendaftaran, login ke akaun anda seperti berikut:
- Klik pautan ini : https://www.mydata-ssm.com.my
- Klik LOGIN ACCOUNT dan masukkan USERNAME dan PASSWORD yang telah anda daftarkantadi.
- Klik SIGN IN dan anda boleh dapatkan dokumen yang anda inginkan.
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan MyData SSM, sila hubungi perkhidmatan pelanggan MyData di saluran berikut:
Telefon: 03-2775 9339
Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.