Daftar Sini Kalau Nak Kerja Dalam Industri Kreatif Digital! MyDigital Creativity Festival 2021 Menanti Anda
Info / Ringkasan Artikel

Daftar Sini Kalau Nak Kerja Dalam Industri Kreatif Digital! MyDigital Creativity Festival 2021 Menanti Anda

Ramai tak yang berminat untuk bekerja dalam bidang industri kreatif digital? Jika ada, inilah peluang yang sangat dinanti-nantikan! Anda boleh daftarkan diri anda untuk...

Status: Aktif Bacaan: 2 min baca Fokus: Info Update: 4 Nov
Intipati 01 Ramai tak yang berminat untuk bekerja dalam bidang industri kreatif digital.
Intipati 02 Jika ada, inilah peluang yang sangat dinanti-nantikan.
Intipati 03 Anda boleh daftarkan diri anda untuk ikuti Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) yang akan diadakan selama.

Ramai tak yang berminat untuk bekerja dalam bidang industri kreatif digital? Jika ada, inilah peluang yang sangat dinanti-nantikan!

Anda boleh daftarkan diri anda untuk ikuti Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) yang akan diadakan selama sebulan dalam bulan November ini.

Kalau begitu, macam mana nak daftar diri untuk ikuti Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF)? Semak sini dan buat pendaftaran dengan segera. Kemudian, bolehlah bekerja dengan syarikat terkemuka yang turut sama menyertai program ini.

TARIKH MYDIGITAL CREATIVITY FESTIVAL 2021

Bilakah MyDigital Creativity Festival 2021 bermula? Ia telah bermula pada tarikh berikut:

  • 1 – 30 November 2021

Jadi, ia bermakna MyDigital Creativity Festival 2021 akan berlaku selama sebulan.

Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

TUJUAN MYDIGITAL CREATIVITY FESTIVAL 2021

Tujuan utama adalah mendedahkan peluang pekerjaan dalam industri kreatif kepada graduan baru dan pencari kerja serta membantu studio kreatif mempromosikan kekosongan jawatan di studio mereka.

Pesta Kerjaya @ MYDCF memberi tumpuan kepada industri kreatif seperti studio animasi dan permainan video.

Menyokong industri kandungan kreatif digital semasa musim pandemik dan meningkatkan kadar pekerjaan di kalangan siswazah baru dan bakat tempatan yang menganggur di samping memenuhi permintaan industri kreatif.

AKTIVITI SEPANJANG PESTA KERJAYA@MYDCF

Antara aktiviti sepanjang Pesta Kerjaya@MYDCF ialah seperti berikut:

  • Pengambilan Pekerja
  • Bicara Kerjaya
  • Gerai Pameran Maya
  • Persembahan Pentas
  • Gamified Expo
  • Acara Rakan Kongsi
  • Esport
  • Kertas Kerja Teknikal

Malah, ada lebih daripada 200 peluang pekerjaan dan lebih daripada 50 syarikat kreatif yang sedia mengambil pekerja di platform rakan kongsi.

CARA MOHON

Jika anda benar-benar berminat untuk bekerja dalam bidang industri kreatif digital, anda boleh klik pautan ini:

  • Kemudian klik pada Go To Careerbraves untuk mohon pekerjaan

Daftar Sini Kalau Nak Kerja Dalam Industri Kreatif Digital! MyDigital Creativity Festival 2021 Menanti Anda

  • Scroll ke bawah dan klik pada jawatan yang ditawarkan.

Daftar Sini Kalau Nak Kerja Dalam Industri Kreatif Digital! MyDigital Creativity Festival 2021 Menanti Anda

  • Jika berminat, hantar resume melalui emel yang dinyatakan pada iklan jawatan.
  • Atau klik Login To Apply Job pada bahagian bawah sekali.

Baca juga: Cara Mohon & Daftar e-Start RM150 Kredit Melalui e-Dompet Belia

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai MyDigital Creativity Festival 2021, sila dapatkan di:

Teruskan membaca

Lihat artikel berkaitan dan semakan aktif supaya anda tidak terlepas maklumat penting dalam topik ini.

Buka Kategori