Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

2 Langkah Renew Roadtax, Insuran & Lesen Memandu Secara Mudah Sepanjang Total Lockdown 1 Jun – 14 Jun 2021. Semua Boleh Buat Sendiri

1,562

Roadtax Kenderaan Tamat Tempoh

Kebiasaannya anda akan pergi ke pejabat atau kedai ejen yang menyediakan perkhidmatan memperbaharui insuran dan roadtax kenderaan. Anda hanya perlu tahu berapa harga yang perlu di bayar dan seterusnya menunggu sehingga ejen selesaikan tugasannya. Selepas itu anda hanya pulang dan tampalkan roadtax yang baru dicermin kereta bukan?

Namun sejak PKP ini dijalankan, semua ejen dan kedai yang menyediakan perkhidmatan ini telah ditutup.

Disini dikongsikan 2 cara mudah untuk perbaharui roadtax kenderaan secara online.

myeg

2 Langkah Perbaharui Roadtax Dan Insuran Kenderaan

Berikut 2 langkah mudah untuk anda perbaharui insuran dan roadtax kenderaan anda :

Daftar akaun dengan MyEG. Klik link ini untuk pendaftaran : https://www.myeg.com.my/register
Kemudian login akaun anda selepas selesai pendaftaran.

eperkhidmatan myeg

1. Perbaharui Insuran

  • Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

pilih jpj

  • Klik pada butang butang Auto Insurance Renew

insurans renew

  • Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG.

paparan insuran

  • Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih. Isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan. Isikan maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.
  • Selepas siap mengisi semua maklumat, sebutharga penuh akan ditunjukkan. Jika anda setuju dan berpuas hati, anda boleh teruskan untuk membuat pembayaran.
  • Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Maybank2u, RHB Online dan Public Bank Online.
  • Muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan selepas pembayaran.

cover note1

2. Perbaharui Roadtax

  • Login, pilih klik Jabatan Pengangkutan Jalan, klik butang Road Tax Renewal / Baharui Cukai Jalan.

myeg roadtax

  • Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.

roadtaxrenewal

  • Pilih cara penghantaran road tax iaitu dihantar ke alamat pilihan anda. Jika roadtax dihantar ke alamat pilihan, anda akan dikenakan caj penghantaran. Selepas maklumat lengkap diisi, klik butang Proceed.
  • Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan. Sekiranya anda bersetuju dan berpuas hati, teruskan untuk membuat pembayaran dengan klik butang Confirm & Pay.
  • Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG .
  • Muat turun resit selepas selesai membuat pembayaran.
  • Tunggu roadtax sampai ke alamat yang anda pilih.

roadttax sampai

3. Perbaharui Lesen Memandu

Untuk permulaan anda perlu daftar akaun MyEG terlebih dahulu dipautan:

  • www.myeg.com.my dan klik CREATE AN ACCOUNT.
  • Ikuti semua arahan diberi sehingga selesai pendaftaran.
  • Kemudian log in menggunakan emel dan password yang telah didaftarkan.
  • Pilih JABATAN PENGANGKUTAN JALAN.

2 Langkah Renew Roadtax, Insuran & Lesen Memandu Secara Mudah Sepanjang Total Lockdown 1 Jun - 14 Jun 2021. Semua Boleh Buat Sendiri

 

Semoga dengan perkongsian ini akan memudahkan urusan anda untuk memperbaharui insuran, roadtax kenderaan dan lesen memandu anda.

Baca juga: Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang Lockdown (1 Jun-14 Jun 2021), Online Melalui mySikap

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...