myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

myfuturejobs.gov.my LOGIN: CARA DAFTAR PERMOHONAN PENJANA KERJAYA

Apa itu MyFutureJobs? Adakah ianya sama dengan laman web pekerjaan yang lain?

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan satu portal yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan berada dibawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ia bertujuan untuk merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.

Adakah anda pencari kerja? Jika ya, anda digalakkan untuk membuat pendaftaran di portal ini mulai sekarang.

“Bagaimana pula untuk membuat pendaftaran di portal myfuturejobs.gov.my ini?”

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN DI PORTAL MYFUTUREJOBS

Bagi anda yang berminat untuk membuat pendaftaran di portal MyFutureJobs ini, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  • Klik laman web berikut : MYFUTUREJOBS
  • Terus klik JOB SEEKER SIGN IN.
  • Masukkan emel dan kata laluan yang ada cipta sendiri dan klik REGISTER.
  • Pada skrin yang seterusnya, klik terima terma dan syarat dan untuk masuk ke portal MyFutureJobs dan terus dibawa ke bahagian PROFIL secara automatik.

CARA LOGIN MASUK KE PORTAL MYFUTUREJOBS

Dah buat pendaftaran? Jika ya, login masuk ke portal seperti berikut :

  • Klik MYFUTUREJOBS
  • Klik JOB SEEKER SIGN IN dan log masuk dengan menggunakan emel dan kata laluan yang telah anda daftarkan tadi.
  • Anda akan dibawa ke bahagian MATCH JOBS atau padanan kerja. Anda boleh terus mencari pekerjaan yang sesuai dengan anda berdasarkan kawasan dan bidang kerjaya yang boleh dipilih pada bahagian ini.

3 KAEDAH PENCARIAN KERJA DI PORTAL MYFUTUREJOBS

Terdapat 3 kaedah untuk mencari pekerjaan melalui portal MyFutureJobs ini iaitu :

  • Jenis jawatan
  • Lokasi kerja
  • Nama majikan

1 JENIS JAWATAN

Untuk mendapatkan pekerjaan melalui jenis jawatan, anda perlu :

  • Klik MYFUTUREJOBS. Seterusnya log masuk akaun anda.
  • Pada ruangan JOB TITLE OR SKILL, masukkan sahaja jenis jawatan yang anda inginkan.
  • Klik SEARCH dan jumlah jawatan yang ditawarkan akan dipaparkan.
  • Maklumat lengkap berkaitan jawatan yang dipohon akan dipaparkan dan pilih syarikat yang anda berminat untuk bekerja.
  • Klik APPLY.

myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

2 LOKASI KERJA

Untuk mendapatkan pekerjaan melalui lokasi kerja pula, anda hanya perlu lakukan langkah-langkah berikut :

  • Klik MYFUTUREJOBS. Seterusnya log masuk akaun anda.
  • Pada ruangan STATE OR CITY, masukkan lokasi yang anda inginkan.
  • Klik SEARCH.
  • Selain cara diatas, anda juga boleh terus klik pada bahagian negeri yang anda ingin bekerja.
  • Jumlah jawatan akan dipaparkan berdasarkan lokasi yang anda pilih.
  • Pilih syarikat yang anda berminat untuk bekerja dan klik APPLY.

myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

3 NAMA MAJIKAN

Bagaimana pula mencari pekerjaan melalui nama majikan?

  • Klik MYFUTUREJOBS. Seterusnya log masuk akaun anda.
  • Pada bahagian JOB TITLE OR SKILL masukkan nama majikan / syarikat dan klik SEARCH.
  • Lihat paparan jawatan yang ditawarkan oleh majikan dan pilih jawatan yang anda minati dan klik APPLY untuk membuat permohonan.

myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

Mudah, bukan? Jadi cepat buat pendaftaran sekarang dan cepat-cepat juga buat permohonan ya.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.