Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang Lockdown (15 Jun-28 Jun 2021), Online Melalui mySikap
Sepanjang tempoh Lockdown yang dilanjutkan bermula 15 Jun hingga 28Jun 2021 mungkin terdapat beberapa urusan yang tergendala terutamanya membabitkan urusan secara bersemuka. Namun terdapat pelbagai inisiatif agar membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar seperti sebelum ini.
Baca juga: 8 Urusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Secara Online. Tak Perlu Lagi Ke Kuanter
Antaranya ialah urusan renew lesen dan roadtax yang membabitkan Jabatan Pengangkutan Jalan. Namun anda semua tetap boleh renew lesen dan roadtax secara online melalui mySIKAP.
Jom dapatkan langkah-langkah renew lesen dan roadtax anda secara online melalui mySIKAP. Mudah dan cepat, tak perlu ke kaunter.
2 JENIS PENGGUNA mySIKAP
Isi Kandungan
Terdapat 2 jenis pengguna mySIKAP iaitu:
eID ADVANCE
- Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan.
- PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
- Boleh menggunakan SEMUA 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
eID STANDARD
- Untuk eID Standard, anda tidak perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan.
- TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar.
- Namun anda hanya boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
SENARAI PERKHIDMATAN PORTAL mySIKAP
Antara perkhidmatan yang boleh anda gunakan melalui Portal mySIKAP ialah:
- Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
- Permohonan pembaharuan dan renew lesen kenderaan motor (LKM)
- Permohonan Pengisytiharan Kenderaan Tidak Beroperasi
- Semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini atau beli no plate terkini
- Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran (No Plat)
- Permohonan Pek Maklumat Kenderaan
- Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran total Loss
- Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran Hilang atau Kena Curi
- Permohonan Mendapatkan Status Kenderaan Vintaj atau Kenderaan Klasik
- Permohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan
- Permohonan Cop Semula No Casis
- Permohonan Cop Semula No Enjin
- Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah
- Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan
- Permohonan Permit Memandu Antarabangsa International Driving License)
- Permohonan Salinan lesen memandu
- Permohonan Pengesahan Lesen Memandu
- Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)
- Permohonan Tukar Hak Milik melalui mysikap jpj (Pemilik Baru)
- Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
- Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Motor (LKM)
- Semakan Pertukaran Lesen Memandu
- Semakan keputusan Ujian Memandu bahagian 1 atau Vokasional atau Praktikal
- Semakan Tarikh Ujian Memandu di Institut Memandu atau Sekolah Memandu (driving School)
- Semakan tarikh luput lesen memandu
- Semakan pertukaran lesen memandu luar negara (Non Automatic)
- Semakan tempoh permit institut Memandu atau Sekolah Memandu
- Semakan saman trafik
- Semakan senarai hitam jpj
- Bayar saman trafik secara online
- Permohonan renew lesen dengan mysikap jpj
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN mySIKAP
Untuk membuat pendafaran sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Klik LOG MASUK KALI PERTAMA
- Masukkan maklumat seperti yang tertera.
- Masukkan KOD SEKURITI dan klik TERUSKAN.
- Seterusnya tandakan √ pada kotak pengesahan dan klik HANTAR.
- Seterusnya klik YA.
- Semak emel anda untuk dapatkan kata laluan sementara dan gunakan dalam tempoh 7 hari.
CARA LOGIN mySIKAP PERTAMA KALI
Setelah siap membuat pendaftaran, anda boleh log masuk ke Portal mySIKAP seperti berikut:
- Masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN SEMENTARA yang dihantar ke emel anda.
- Kemudian cipta KATA LALUAN BARU setelah anda masukkan KATA LALUAN SEMENTARA dan jangan lupa untuk SAHKAN kata laluan baru anda.
- Seterusnya pilih SOALAN SEKURITI yang diminta dan masukkan jawapan pada setiap soalan.
- Klik SIMPAN.
- Akhir sekali, log masuk semula dengan menggunakan kata laluan baru yang telah anda sahkan sebentar tadi.
CARA RENEW ROADTAX ONLINE mySIKAP
Untuk renew roadtax kenderaan anda melalui Portal mySIKAP, anda perlu:
- Klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Pergi ke menu KENDERAAN dan klik PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR
- Isikan maklumat yang diperlukan, buat pembayaran, semak dan buat pengesahan maklumat.
- Roadtax anda telah diperbaharui.
CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE mySIKAP
Untuk renew lesen memandu anda melalui Portal mySIKAP pula, anda perlu:
- Klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Pergi ke menu LESEN MEMANDU, klik PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU dan isikan maklumat yang diperlukan.
- Jangan lupa buat pembayaran, semak dan sahkan.
- Akhirnya, lesen memandu anda telah siap diperbaharui!
Selamat mencuba!
Baca juga: Bantuan Pakej Pelan Data & Diskaun Peranti Pelajar IPT B40
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.