Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Dah Boleh Ke Luar Negara Ke? MyTRavelPass – Permohonan Keluar Atau Masuk Malaysia

1,701

Biar betul? Dah boleh pergi ke luar negara dah ke? Jika ya, bagaimanakah caranya? Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa bermula pada 7 Oktober 2020 ini, semua permohonan kebenaran masuk dan keluar negara bagi warganegra Malaysia dan warganegara asing adalah dibenarkan.

Semua permohonan kebenaran masuk dan keluar negara bagi warganegra Malaysia dan warganegara asing ini boleh dibuat melalui single window dengan menggunakan sistem MyTravelPass

Tetapi tunggu dahulu. Jangan terlalu seronok ya. Mari kita lihat apakah prosedur permohonan keluar negara bagi warganegara Malaysia dahulu di musim Covid-19 ini.

Dah Boleh Ke Luar Negara Ke? MyTRavelPass - Permohonan Keluar Atau Masuk Malaysia

PROSEDUR PERMOHONAN KELUAR NEGARA BAGI WARGANEGARA MALAYSIA MELALUI MYTRAVEL PASS

Prosedur permohonan keluar negara bagi warganegara Malaysia melalui MyTravelPass terbahagi kepada dua iaitu :

1 PRA SYARAT

Warganegara Malaysia yang ingin keluar negara untuk tujuan :

  • Lawatan rasmi ( mesyuarat & persidangan)
  • Tujuan perniagaan, rawatan/perubatan dan kecemasan sahaja.

Nota : Bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan.

2 PERMOHONAN SEBELUM KELUAR

Permohonan melalui MTP : Permohonan keluar negara melalui sistem online https://mtp.imi.gov.my

Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut:

  • Salinan Pasport*
  • Surat jemputan untuk tujuan rasmi*
  • Surat doktor*/sijil kematian*
  • Dan lain-lain dokumen sokongan

Nota : Kelulusan ini hanya berlaku untuk PERJALANAN SEHALA sahaja. Pemohon perlu mengemukakan permohonan baru untuk perjalanan seterusnya.

Dah Boleh Ke Luar Negara Ke? MyTRavelPass - Permohonan Keluar Atau Masuk Malaysia

Bagi warganegara asing pula, anda hanya perlu ikuti prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen seperti pautan berikut :

MY TRAVEL PASS FOREIGNER / PERMANENT RESIDENT

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Setelah siap permohonan, anda boleh buat semakan secara online sahaja di pautan berikut :

SEMAKAN MYTRAVELPASS

Dah Boleh Ke Luar Negara Ke? MyTRavelPass - Permohonan Keluar Atau Masuk Malaysia

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Inginan maklumat lanjut mengenai MyTravelPass? Sila hubungi Jabatan Imigresen Malaysia di :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...