Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[N-GENE] Cara Mohon Latihan Keusahawanan Dengan Pembiayaan Sehingga RM100,000

1,102

Siapa disini yang tidak mahu sekiranya ditawarkan pembiayaan untuk perniagaan sehingga RM100,000?

Sehubunganitu, graduan atau belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan dipelawa untuk memohon latihan keusahawanan N-GENE.

Malah, anda juga akan menerima pembiayaan bermula RM3,000 sehingga RM100,000 sekiranya memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.

INFO RINGKAS NEW GEN ENTREPRENEURS ONLINE BOOTCAMP (N-GENE)

N-GENE merupakan sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu graduan/belia memulakan perniagaan berisiko rendah.

Bagi graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, peserta akan dibimbing melalui perniagaan francais/pra-francais.

Peserta juga akan diberi sokongan dengan Geran Mikro Permulaan Perniagaan sebanyak RM3,000/seorang.

Baca juga: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) RM300 Lepasan Sekolah, Graduan Dibuka Untuk Permohonan. Ini Syarat Kelayakannya

MANFAAT PROGRAM

Apakah manfaat program yang bakal graduan/belia ini perolehi jika mengikuti program N-GENE?

  • Latihan asas keusahawan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara PERCUMA;
  • Geran mikro permulaan perniagaan sebanyak RM3,000; dan
  • Dipadankan dengan perniagaan francais/pra-francais bagi yang belum memulakan perniagaan

JUMLAH GERAN N-GENE

Jumlah pembiayaan geran N-GENE adalah:

  • Bermula RM3,000 seorang sehingga RM100,000

SYARAT PENYERTAAN

Para graduan dan belia yang ingin mengikuti program N-GENE ini mestilah melepasi syarat yang ditetapkan iaitu:

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon juga mestilah berumur 18 hingga 40 tahun sahaja.
  • Pemohon adalah graduan Diploma dan ke atas adalah nilai tambah bagi permohonan N-GENE.
  • Baru memulakan perniagaan.
  • Berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan.

PENDAFTARAN

Jika berminat, sila buat pendaftaran melalui pautan ini:

Saluran 1

Saluran 2

Nota: Pastikan segala maklumat yang diberikan adalah betul tanpa sebarang penipuan. Jika didapati ia tidak benar, permohonan anda akan ditolak oleh sekretariat yang mengendalikan permohonan N-GENE.
[N-GENE] Cara Mohon Latihan Keusahawanan Dengan Pembiayaan Sehingga RM100,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan dan pendaftaran N-GENE, sila hubungi Sekretariat yang bertugas disaluran berikut:

  • [email protected]
  • 03-2935 8989 (sambungan 302)
    Pn. Nurul Syarmiera binti Yusof
    En. Muhammad Haiban bin Mohd Rohim
    En. Ahmad Nazrin Shah bin Ahmad Nazimuddin
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...