Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Selepas Ini Nombor Telefon Customer Dah Tak Ada Dalam Air Waybill. Ini Alasan Shopee

1,806

Kebiasaan yang kita dapat lihat pada Air Waybill yang diterima setelah membuat pembelian barang di Shopee adalah maklumat seperti alamat, nama, nombor telefon pengirim dan penerima, kan?

Tetapi bermula 21 Oktober 2021, ada beberapa maklumat yang akan digugurkan oleh Shopee daripada Air Waybill ini.

Kurier mana yang terlibat dengan pengemaskinian Air Waybill ini dan mengapa Shopee melakukan perkara ini?

MAKLUMAT YANG DIGUGURKAN DARI AIR WAYBILL

Maklumat yang akan digugurkan daripada Air Waybill ini ialah:

  • Nombor telefon pembeli

Baca juga: Program Save 2.0: Daftar Sekarang & Terima Baucar Shopee RM200 Setiap Keluarga

TARIKH PENGELUARAN NOMBOR TELEFON

Mengikut Shopee, pengeluaran nombor telefon daripada Air Waybill telah bermula pada:

  • 13 September 2021 (Kurier selain J&T dan Ninja Van)
  • 21 Oktober 2021 (Kurier J&T dan Ninja Van)

Selepas Ini Nombor Telefon Customer Dah Tak Ada Dalam Air Waybill. Ini Alasan Shopee

TUJUAN NOMBOR TELEFON DIGUGURKAN

Shopee menggugurkan nombor telefon daripada Air Waybill dengan tujuan:

  • Menjaga privasi pembeli
  • Melindungi data pengguna Shopee

Jadi, tiada lagi nombor telefon pembeli akan dipaparkan pada Air Waybill sekiranya anda membuat pembelian melalui Shopee.

Penghantar kurier masih lagi dapat melihat nombor telefon pelanggan melalui sistem dan dapat menghubungi anda seperti biasa.

KURIER TERLIBAT

Antara kurier yang terlibat dengan pengeluaran nombor telefon daripada Air Waybill adalah seperti berikut:

  • J&T Express
  • Ninja Van

Namun nombor telefon pelanggan akan tersedia untuk Air Waybill kurier Poslaju dan City-Link Express sahaja.

CONTOH AIR WAYBILL

Anda boleh lihat contoh Air Waybill sebelum ini dan selepas pengeluaran nombor telefon seperti dibawah.

Selepas Ini Nombor Telefon Customer Dah Tak Ada Dalam Air Waybill. Ini Alasan Shopee

Apakah maksud nombor-nombor pada Air Waybill diatas? Rujuk disini.

  1. Logo Saluran Penghantaran
  2. Maklumat Pesanan
  3. Maklumat penjual
  4. Maklumat Pembeli
  5. Bukti Penghantaran
  6. Maklumat Penghantaran Berdasarkan Kurier
  7. Maklumat Pergerakan Berdasarkan Kurier

Jadi, anda dah tahu mengapa Shopee mengeluarkan nombor telefon pembeli daripada Air Waybill?

Diharap info ini memberi manfaat pada anda serta boleh menjadi bahan rujukan untuk masa yang akan datang.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...