Pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan mengenai kebenaran operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri telah melegakan seluruh rakyat Malaysia kerana dapat merasai kemeriahan Ramadan walaupun sedang menghadapi pandemik Covid-19.
Suasana sambutan menjelang Aidilfitri tahun ini digambarkan lebih meriah dan bermakna berbanding tahun lalu apabila kerajaan pada Selasa bersetuju membenarkan operasi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.
Tetapi ingat, operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Baca juga: 3 Kategori Kompaun Kesalahan & Kadar Pengurangan Mengikut Hari
SOP BAZAR RAMADAN & BAZAR AIDILFITRI
Isi Kandungan
SOP bagi penganjuran bazar akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri, dan kebenaran solat tarawih pula tertakluk kepada SOP dan keputusan pihak berkuasa agama negeri.
Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah:
- Lokasi di kawasan terbuka
- Menyediakan laluan sehala (pintu masuk dan keluar berbeza)
- Pendaftaran MySejahtera di pintu masuk
- Kawalan jumlah pengunjung
WAKTU OPERASI BAZAR RAMADAN
Waktu operasi yang dibenarkan ialah:
- Bazar Ramadan : 3.00 petang hingga 8.00 malam
- Bazar Aidilfitri: 10.00 pagi hingga 12.00 pagi
KEBENARAN SOLAT TARAWIH BERJEMAAH
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal juga membenarkan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara dengan:
- Jumlah kehadiran jemaah adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.