Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

4 Pendekatan Pengoperasian Pejabat Kerajaan Sepanjang Tempoh PKP 3.0 Yang Wajib Penjawat Awam Tahu

1,667

Penjawat awam pastinya sudah maklum dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri mengenai PKP 3.0 yang telah dijalankan mulai 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

Pengoperasian bagi pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR) berikutan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan beberapa sekatan lebih ketat berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19.

Pelaksanaan itu mengambil empat pendekatan dengan kehadiran ke pejabat pada tahap 20 peratus keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan frontliners) dan 80 peratus secara BDR dengan penggiliran.

Apakah 4 pendekatan pengoperasian tersebut?

PELAKSANAAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

Pelaksanaan BDR adalah berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah, yang jelas memperincikan aspek-aspek yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh melaksanakan urusan peribadi dalam waktu bekerja.

Sebarang pelanggaran salah laku dalam pematuhan kepada BDR, akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah P.U.(A) 395 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

4 PENDEKATAN PENGOPERASIAN PEJABAT KERAJAAN

Berikut adalah empat pendekatan pengoperasian pejabat kerajaan yang telah digariskan untuk rujukan para penjawat awam ialah:

1. BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

  • 100% penjawat awam bekerja dari rumah tidak termasuk frontliners/anggota keselamatan dan pertahanan/penguatkuasa.
  • Boleh membawa pulangg dokumen berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan CGSO untuk memastikan tugasan tidak tertangguh.
  • Mematuhi PP 5/2020- Dasar Bekerja Dari Rumah.

2. TIADA PERJUMPAAN

  • Semua mesyuarat secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan.
  • Tiada perjumpaan atau aktiviti fizikal.

3. PERKHIDMATAN KAUNTER

  • Ditutup sepenuhnya kecuali kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin.
  • Perkhidmatan hanya ditawarkan secara atas talian.

4. KEHADIRAN KE PEJABAT

Kehadiran ke pejabat hanya boleh dibenarkan bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dengan tidak melebihi 20% dengan tujuan serta tatacara seperti berikut:

  • Pembayaran kontrak
  • Pembayaran/pengagihan bantuan bulanan/berkala kepada rakyat
  • Penyelenggaraan /keselamatan premis
  • Penyediaan dokumen melibatkan Jemaah Menteri
  • Pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan sistem dan mesyuarat atas talian
  • Penggiliran kakitangan bagi tempoh maksimum 4 jam sehari
  • Waktu kerja anjal (hadir mengikut keperluan, pulang setelah selesai tugas)
  • Kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja
  • Mematuhi SOP Kementerian Kesihatan dan MKN

PERKARA DILARANG DILAKUKAN SEPANJANG BDR

Sepanjang BDR, penjawat awam tidak dibenarkan:

  • Membuat urusan peribadi semasa waktu pejabat contoh seperti urusan berikut:
    a) e-hailing
    b) Tiada di kediaman
    c) Berjalan di shopping mall
Sekiranya penjawat awam melanggar arahan yang diberikan, tindakan tatatertib akan dikenakan.

Sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat diberi dengan cepat dan tepat.

Pada masa sama, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa perlu dipatuhi bagi memastikan keluk jangkitan Covid-19 dapat dilandaikan.

Baca juga: Elaun Penjawat Awam Dari Gred 29 Hingga Jusa A Akan Dipotong Selama 3 Bulan Ke Akaun Amanah Bencana

SIARAN MEDIA

Rujuk siaran media yang dikeluarkan Pejabat Ketua Setiausaha Kerajaan untuk rujukan anda:

4 Pendekatan Pengoperasian Pejabat Kerajaan Sepanjang Tempoh PKP 3.0 Yang Wajib Penjawat Awam Tahu

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...